Makhluk Ghaib

>> Wednesday 17 October 2012

Salam,

Takot hantu dak?....hahah.

Orang kata budak-budak ni boleh tengok makhluk ghaib kan? Memang betul ke ehh? Ada dibincangkan dalam Islam tak? Tapi memang orang kata budak kecik ni bleh tengok benda-benda tu semua....dan aku rasa semua orang percaya perkara ni.

Well few weeks ago (aiseh, cite lama dah la...haha), satu malam tu aku dengan Din nak beli nasi kukus Kelantan style (tolong jangan fikir tentang Gangnam Style skang). Dia gerai tepi jalan je, dekat je dengan rumah kitorang. Pastu kitorang pun stop la tepi jalan. Belakang je gerai tu, dah bersemak samun. Dekat dengan semak samun tu plak ada tasik besar. Pastu across the street tu pun sama bersemak samun. Actually tempat tu memang 'riuh' kalau siang. Orang jogging, dating, minum-minum, exercise, pakai seksi-seksi konon jogging pun ada. Ramai aa yang melepak ape sume. Malam-malam pun ada orang kat kawasan tasik tu....tp kitorang gi masa tu dah 10.30 malam. Orang pun tak banyak sgt la. So sunyi sikit aa tempat tu.

So Pakdin pun keluar beli nasi. Kitorang punya kereta je ada. Aku duduk dengan Aynur dan Ayman dalam kereta. Tiba-tiba Ayman cam tak keruan sikit. Cam restless sikit....geliat-geliat gitu. Aynur pulak tengah duduk dalam carseat dia pandang depan, tiba-tiba bangun, kneeling atas kerusi dia pandang belakang kat aku plak. Ok la, aku tak suspect pape pun. Tiba-tiba Aynur panggil aku... "Mamaaa....mamaaa." Panggilan dia tu cam nak bitau sesuatu, tapi dia stop. Aku jawab jer la...."Iyerr..." Aynur senyap. Tak suspect pape pun.

Pastu ntah aku pun tak sedar, bile Ayman start melalak. Dia melalak-lalak. Geliat-geliat. Aku angkat sandarkan dia kat bahu aku, kaki dia tendang-tendang agak kuat. Senak gak perut aku dia henyak. Nangis tak henti. Pastu aku tengok Aynur, muka dia nak nangis. Dia tengok kiri-kanan semak tu, muka nak nangis...panggil aku "Mamaa....mamaa." Mata dia aku tengok cam bersinar nak kuar air mata (malam kan, tak nampak sgt).

Pastu muka Aynur terus jebek..."Mamaaaa..." Dia tengok kiri-kanan takot-takot. Pastu aku pun tengok gak kiri-kanan....Astaghfirullah...penuhnye semak! Not a good place for little tiny kids. Siang-siang tak pernah perasan semak camni. Aku terus rasa diorg ada nampak sesuatu. Aku baca la ayat kursi....aku kata "Aynur, mama ada ni. Selagi mama ada, Aynur jangan takot. Mama ada". Aku tak takot. Bila ada anak, aku terus bertukar kepada protective mode. In fact aku rasa kalau aku nampak hantu yang menakutkan anak aku tu, memang aku cekik kasi seligi satu kali. Tapi nak bwat cemana kan...nama pun hantu. (Well actually they are syaitan yang takde keje, yang saja nak cari modal seronok malam-malam menakotkan anak Adam. Tengok kite takot, dia seronok la.). Tapi aku rasa, kalaulah aku sorang, mungkin aku akan cuak gak. Aku terus baca ayat tu, concentrate berserah pada Allah jer la supaya menatang tu sume lari. Pastu aku message Pakdin, suruh cepat. Lambat sebab orang tu baru nak goreng ayam rupenye. Ayam dia dah habis.

Aku terus baca, tak sedar plak bile Ayman berhenti nangis slow-slow, Aynur pun dah pusing depan, seronok tengok abah dia dah jalan ke kereta.

Then pastu terus kitorang chow. Aku baca lagi ayat kursi...so that menatang tu tak ikot balik umah. Memang siot la menatang tu....takde keje! Eeeiiii....

Aynur dulu masa kecik pernah sengih-sengih tengok ke arah siling. Masa tu dia tengah breastfeeding. Aku tengok mata dia terjeling-jeling je siling. Pastu dia terus pull away dari aku, terus tengok ke arah siling. Tu tak menakotkan aku gak...sebab dia senyum. Must be her guardian angel. Malaikat Allah ni banyak di sekeliling kite. Dia tegur Aynur la tu. Ayman pun sama. Kekadang tengok ntah mana-mana, tersenyum manis dengan lesung pipit dia tu. I just smile. That must be malaikat Allah menyapa dia...tegur dia. Kalau dia nangis lain aa kan.

Ahh....alam ghaib ni memang ada. Malaikat adalah makhluk ghaib ape....percaya saja lah, rukun iman ke-2 tu. Dan mungkin betul la, budak-budak memang boleh nampak bende ghaib.


Read more...

Aftermath (kesan selepas....)

>> Tuesday 25 September 2012

As-Salam....

Ayman is gonna be 2 months tomorrow. And aku bajet berat dia will be around 6. Not less than 6. For the first month, berat dia naik 1.3kg. Dulu aynur naik 1 kg a month. Ayman lebih lagi rupenye.

When you have 2 kids, its inevitable to compare them. Bukan compare competitively ke ape, or taking side...just simply comparing. Ayman has so little colic compare to Aynur. Ada gak la...tp significantly less. I can sleep better. Tp sume bende ada hikmah.

My first pregnancy was easy. I was stronng right until my delivery. My recovery was fast and easy. Thus Allah gave me a baby that is a little bit complicated. Aynur was a very colicky baby. Sepanjang pantang dia colic teruk. Setiap hari masa pantang aku cuma tido around 4 hours. Sebab dia akan nangis, muntah, nak susu, nangis, muntah, nak susu, berak....itulah cycle nya berjam-jam everyday. So aku ni fully breastfeeding...aku kena berjaga sekali la dengan dia. Dah Allah bagi aku punya delivery senang dan pregnancy aku kuat, so aku boleh (terpaksa) cope dgn demand Aynur.

My second pregnancy altho senang jugak, tapi agak susah. Especially last2 tu. Badan aku sakit2. Sebab Ayman is a big baby. Beban dia berat. Jadi badan aku kena kuat tampung kenaikan berat tu. Nak ke last2 tu mmg aku tak larat. Delivery tak susah...tapi tak senang cam dulu la. Sebab nak push besar ni kan. Sampai doc kata baby senget. Aku rasa sebab tak lut lubang, so dia menyenget. Tapi bleh kuar gak, kena pakai vacuum kecik masa tengah2 tu. Tearing ada gak, tp still i have a swift recovery part tearing tu.

Cuma lepas delivery, hip aku still tak kejab. Hip yg tak kejab tau, bukan vagina (haha). Ada condition for this. Tapi aku lupe. Malas plak nak search balik. Pinggul pempuan ni kan membesar dan jadi loose and flexible untuk bantu delivery (can go find the info and read)...so lepas delivery pinggul ni akan kembali kejab slowly. Pinggul aku slow sikit nak jadi kuat. Lepas delivery pinggul aku still sakit cam masa pregnant. Tulang pinggul aku kekadang cam ada berlaga-laga plak. So Allah gave me this easy baby, yg aku tak perlu terlalu susah payah tido-bangun-tido-bangun untuk jaga. Aku bleh lepak sikit. Sebab bende ni kena rehat je untuk dia recover semula. Ahh...Allah has plan for us to feel any form of new experience.

Berat aku kali ni pun slow sikit nak turun. Lagi 4.5 kg nak asal, 51kg. Dulu sgt cepat dan laju. Anyway, aku search-search dlm internet, there's a condition called Diastasis Recti. I have that. Its a condition where otot perut terbukak. Otot abdomen kite bercantum kat tengah. Otot tu cam berlapik je kat tgh actually. So dlm condition diastacis recti ni, otot perut terbukak kat tengah. So kat tengah ada longkang sampai ke pubic bone. Dia ada degree keterukkan dia. 'Longkang' tu boleh masuk 1 jari ke, 2 jari ke...even ada sampai 4 jari. Otot aku separate 1 jari sahaja. Tak teruk sgt aa. So now aku tgh bwat exercise untuk kuatkan dan cantumkan balik otot tu. Otot tu seperate sebab pregnancy yg besar dan bile kte push sekuat hati masa delivery.

So as u can guess, this condition is actually very the normal. Sebab tu penting pakai bengkung (dia tolak dua2 belah muscle perut, kiri-kanan supaya bertemu) and exercise after delivery (untuk kuatkan lagi). Exercising wish diastasis recti is to start slow n simple. Tak boleh bantai bwat sit-up terus. Kena bwat core muscle strengthening dulu. Cari la youtube cemana nak check kite ada ke tak condition ni and cemana nak exercise for diastasis recti. I've been doing it for some time and i think i can feel my stomach muscle tightening. Lepas muscle ni cantum, baru aku nak start jogging ke, sports ke ape.

So kalau biarkan je diastasis recti ni cemana? Takpe...tak mati pun. Cuma kte ada risk sakit2 belakang, and you can have lumpy stomach. Torso badan pon tak kuat sbb muscle tu lembek dan tak support badan. Bile tak support badan ada la risk kecederaan lain plak kan. Postur badan pun tak tegap sume.

Aahhh...the wear and tear of a woman's body.
Interesting kan?     =)
Alhamdulillah sbb aku ni sangat suke mencari information, i got what i want....information and to overcome things. Its up to us to take care of it.

Read more...

Baby Story

>> Friday 3 August 2012

Salam....


Sudah. Aku sudah selamat beranak pada 26 July 2012/6 Ramadhan 4.36pm, syukur Alhamdulillah. Baby aku boy, seberat 3.7kg, secara normal, dengan sedikit paksaan.


Baby second aku ni mmg berat. Bg aku yg berangka kecik ni, mmg aku tak larat sgt nak carry badan kali ni. Tapi aku tetap try to stay active. Masa akhir2 pregnancy, aku tak boleh tido baring. Kalau aku tido baring, alamatnya tak bangun la aku. Kalau aku bangun dengan bantuan laki aku pun, dia akan ada rasa sakit teramat di pelvics aku. Aku sampai ngucap bagai menahan sakit masa nak bangun tu. Sampai ada sekali tu ada bunyi 'kletak' kat tulang pinggul aku. Then aku rasa ada shooting pain kat pelvics aku. Sumpah aku ingat aku dislocate tulang pinggul. Nasib baik setelah mencuba bangun perlahan2....aku berjaya juge....kekeke. Disebabkan kesakitan masa nak bangun tu, aku tido separuh duduk di masa few weeks before delivery tu. Baru la senang sikit nak bangun.


Aku budget anak aku kalau besar pun 3.4kg, 3.5kg paling berat. Tengok2 hamik ko! Patut la nak runtuh kangkang aku. And sebab dah berat sgt, aku dok mengharap la supaya baby kuar awal. He was so heavy, i thought he's gonna fall anytime. Tp idaknyee...badan aku pun dok hold baby cam ape. Aku actually tak dilate langsung dispite all the effort. I walked, i move, even my husband 'helped' me...nothing. No dilation. Last2 pergi sahaja menyerah diri semasa checkup. Doc check, no dilation. Tp contraction ada. So selamba dia pecahkan amniotic sac.....terus terbukak 3cm.


That was a little after 9am, 26th July 2012, 6 Ramadhan. So there we wait in the labour room. Contraction mula terasa, tp boleh tahan. Pastu aku decide, amik jer la terus epidural alang-alang plan nak amik tu. So aku pun amik awal la. Lain dengan masa Aynur, aku amik masa dah 6cm. Kali ni amik awal. Ok....pastu tunggu lagi. Nurse datang bersilih ganti check aku. Tang ni la boring sket jd pempuan ni....kena 'seluk' is no fun.


Pastu tiba 6 cm...aku rasa pelik. Tiba-tiba ada rasa contraction. Td tak rasa. Ni rasa....ok la...boleh tahan. Eehhhh....tp kaaaann....dalam masa 10 minit lepas tu, aku bleh rasa kesakitan tu pick-up plak. Ehh eehhh....dalam masa few minutes lepas tu plak, i can actually FEEL my contraction. Doc actually mmg bagi kite rasa dalam 5%-10% of contraction pain even with epidural. Nak bg kite rasa bile nak push tu. Tapi ni at least dah 85% aku boleh rasa. Aku cakap kat nurse and diorg tambah dose. Contraction datang lagi. Shit....sakit lg. Ahh sudah...why is it not workiiinggg?!! Aku dah baca sume jampi serapah yg mak aku ajar. Bacaan Nabi Yunus dlm perut ikan yu tu. Aku dok concentrate baca ngulang2 ayat tu. Sambil tu layan etonox....best!


Dang, that gas really makes me high! Aku mmg ingat nak mintak setong-dua from doc...tp mmg tak dapt la kan. Etonox (or is it entonox) mmg bwat aku high sikit....bwat mata aku berat sikit. Sampai aku nampak jam depan aku ada 5-6 bijik. Aku rasa aku nampak muka Pakdin and Dr Fairuz ada 5,6 depan aku. And i think i can see stars....or at least something blinking and twinkling. Dunno how to describe. Walaupun pakai gas tu, rasa sakit tetap ada. Tp once you concentrate on something like membaca ayat-ayat yg aku sebut td tu, ditambah dengan etonox, somehow boleh relieve sikit sbb you're concentrating on something else. Tp masa tu ko mmg tak ingat apa dah. Kalo ada org tanye apa nama aku pun, aku tak ingat sangat kot. Sbb byk sgt bende kena concentrate.


And suddenly Dr Fairuz masuk dengan senyuman besar.

"Ok Farin...ready?"

I didnt answer. Im never ready for this.

Aku tgk dia pakai baju plastik tu...nurse sume tolong dia pakai baju tu. Pastu tray tu sume dah ready dgn tah pape....aku pun tak perasan bile diorg readykan tray tu. Tup2 dah ada depan aku. diorg turunkan bahagian depan katil aku so Dr Fairuz can have easy access to help me. And then she said, "Ok dah ni. Ok farin, buang gas tu. Look at me,".


WHAT! buang gas?!.....mampos aku. So aku reluctantly buang gas yg meng-high kan aku tu. And look at Dr Fairuz.


"Ok, Farin....tarik nafas, push."


Aku ikot la. And oh my god i cannot believe i can feel myself stretching and opening up down there. Howly cow! Ngeri aa....tp nak kena gak tolak anak kuar nih. So, argghh....redah jer. Aku tak pk byk lagi dah. Aku tarik nafas, push lagi.

"Farin, Farin look at me," kata Doc Fairuz.

I tried to find her face.

"Push with your head down. Your head down," kata dia.

Apparently i was pushing with my head up. So after a while tetiba doc kata baby senget sikit. And dalam sedar tak sedar tu aku dgr doc kata dia kena guna vacuum kecik untuk tarik baby. Argghh....pape la doctor....pasrah jer la aku. Bwat la apa patut.


And i think i remember i scream, "C'moonn babyyyy!!" and i gave one huge push....and doc tarik....and suddenly i can feel a gush of water coming out from me and out came the little baby and on to my tummy. He was a huge, blue baby. Lots of hair. They let Ayman lepak on my tummy for a bit. Then they took Ayman, clean him up, tagged him, Pakdin azankan dia. That time Dr Fairuz continue her job stitching back my perineum. Koyak lebih sikit dari dulu, but still not much. Then they bring Ayman back to me. Aku terus nyusukan dia. Latch on berjaya in the first hour! Uyeehhh!


And i think i saw Pakdin laughing at me while im pushing. Hish....ape ker he nyer plak tergelak aku tgh sakit nih. Aku pun confront dia lepas bersalin...whats so funny that time? Kata dia, Dr Fairuz dok suruh aku push with head down...and i keep pushing with my head up.


Ahaaa....so thats just it? Thats the funny part? Sabar jer la....aku mana dgr arahan-arahan gitu dah. Sayup-sayup je sume bende. I just need to get the baby out. Aku cume dgr arahan "push" sahaja.


And i did. Baby is now safely sleeping beside me while im writing this.

Anyway now after 1 week, things are getting better. Im better. All is fine. And i still cannot believe kami sudah berempat. Anyway i got to go. Baby is crying...

Read more...

Plug yang 'Celaks'...

>> Wednesday 27 June 2012

Kita selalu lalai kan? Kita solat, mintak doa bila susah. Bila senang sikit, happy sikit....lepas solat terus chow. Tak tunggu kejap 'tegur' Allah sikit. Tu pun kalau solat....kalau tak ingat solat....satu hal lagi.


Aku pun bukan org yg selalu beringat. Selalu lalai gak. Kalau rasa susah, rasa tak gembiara, punya la bersimpuh lama mintak doa. Kalau rasa lapang sikit...lepas solat terus lipat sejadah, jalan. Kadang tu rasa malu pun ada bila nak mintak doa balik. Tapi Allah tu sayang hamba-hambanya. Maha pengampun, maha pemurah. Semua dalam hidup kita ujian. Senang ke, susah ke....semua ujian. Ujian nak tengok kita ingat kat dia tak. Kita kena selalu usaha untuk berubah.


Aku baru ni terhantuk lutut kat kepala plug. Sakit dowh!! Macam celaka aku rasa nak baling plug tu, aku nak tengok dia hancur. Aku kisah ape bukan salah plug tu....dah dia yg buatkan aku sakit, aku nak tengok dia hancur. Yes, i am destructive and psychotic that way. Tapi aku sabar la kan....hahahha. Lebih-lebih lagi ada anak laki aku kat situ. Kalau aku tak menahan diri, memang plug tu dah hancur. Cemana bleh jd camtu ntah. Tp bende-bende freak excident ni memang selalu jadi kat aku. Tak pelik sangat la sebenarnya.


Anyway, that freak excident mmg membuatkan hidup aku susah sikit. Aku nak naik turun tangga susah. Sakit. There's a restriction in my movement. Dah la nak bawak badan berat. Sakit lutut lagi. Nak handle anak lagi. Aku frust gilosss. Like, please....Allah need to give me a break already....please. So cam aku gambarkan di perenggan di atas....aku bersimpuh lama la sikit....mintak diberi kesenangan dalam menjalan amanah, tanggungjawab....and simply menyenangkan aku nak buang air atas jamban. Alhamdulillah....its getting better. Tp tuh la....bile senang sikit, mudah la kite lupa. Mudah-mudahan kita belajar.....


Pregnancy is progressing well. Berat naik steadily. I think I'm all maxed out. But you never know your own capacity until you get to it. But its all good to me. Aku still rasa this pregnancy is not hard....memang aku jenis redah and i challenge myself to the max. Fikir sangat bwat ape kan...


Tomorrow is Baby's checkup. My checkup now is every 2 weeks. So tomorrow is another checkup. I think next 2 weeks doc will see what she wants to do with me...induce ke ape. Bergantung kepada beberapa faktor la kot.


Well, tajuk di atas sebenarnya bermaksud 'Plug yang Celaka'.....ingat nak cover-cover la sikit perkataan celaka tu. Tapi kang ada yg tak paham, tak sampai maksud plak....haha.


Ok, well.....have a good day!

Read more...

Father's Day.

>> Wednesday 20 June 2012

Last weekend was Father's Day kan. We were so busy with our open house, kenduri masuk rumah baru, that we forgot about it. Malam lepas kenduri tu baru ada time, tu pun dah penat and my brother took the initiative to get a simple cake and do a small celebration of our father. Lalu malam itu kami makan cake pula.


He was one of a kind, my father. I actually took a lot of his traits. Certain character pada dia, lekat sebijik-sebijik pada aku. Dia masa muda memang baran. Aku pernah tengok dia pukul abang aku dgn macam-macam bende - tali pinggang, hanger. Tapi aku tak kena. Mungkin sebab aku pempuan (tp aku la yg kuat rebel). Tapi tuhan la tahu betapa dia sayang anak-anak. Walaupun abang aku kena pukul cam ape, dia tetap dapat macam-macam bende. Walaupun garang, dia tetap tunjuk kasih sayang kat kami semua. The protection he provide for the family. Mainan toksah cakap la dulu.....berlambak. Pastu cakap nak ape....nak makan KFC? Nak beli kasut? Nak ape la...cakap je. Dia akan usahakan dan gembirakan kitorang....nak kata kami kaya, mmg tak la kan. Aku dulu kecik-kecik dah ada walkman. Kire hebat la kan zaman dulu. Gaji org kerajaan zaman dulu...besar mana agaknye? Tapi Alhamdulillah...kami tak jadi anak-anak lupa dunia walaupun diberi macam-macam benda.


Itu pada anak-anak, kami semua. Pada mak aku pun aku dpt tgk example yg cantik. Dia tolong mak aku banyak. Dia mmg hands-on. Mak aku balik keje - kalau dia ada kat umah tak main golf - ada masa dia akan buatkan air siap-siap kat mak aku (anyway, bapak aku dah pencen). Atau ada masa dia tolong mak aku masak (sambil-sambil masak tu sempat bertekak ntah ape ntah. mereka mmg kuat bertekak....hehe). Walaupun takde la selalu, tapi itu pun dah cantik kite tengok kan. Kalau ada kelapangan gak, dia akan mop lantai kat tepi rumah tu, siram pokok, potong buah letak dalam fridge so-sume-org-bleh-makan-sampai-habis-and-dia-sendiri-tak-sempat-makan. Eh, banyak la perbuatan dia untuk family yg bagi aku memang cantik. Dan dia juga tak pernah segan nak amik air sendiri kat dapur. Dan tak pernah janggal masuk dapur bwat teh sendiri....well, maybe sebab dia ada sifat di mana dia mmg suke bwat sendiri (di mana sifat itu 100% lekat kat aku). Kekadang ada la mintak aku ke (kalau aku ada sekali), adik aku ke, mak aku ke bwatkan.


Dengan misai tebal dan kegarangan dia tu, you would never guess he has a soft heart. Especially kat family la kan. Anak-anak dia takkan biarkan tanpa pertolongan, tp mestilah munasabah kan. Dia akan usaha tolong. Bak kata dia, selagi dia hidup anak-anak cucu dia takkan kebulur. Simply it means, selagi dia hidup dia akan tolong anak cucu dia kalau perlu pertolongan. Anak aku jatuh pipi terseret atas lantai kat nursery, dia la yg kelam kabut, sampai kuar air mata sedih dan kesian kat Aynur. Dia selalu marah aku kalau aku leka sket jaga Aynur. Pastu kalau nampak gigi Aynur tak cantik hari tu...aku la kena kutuk. Tak gosok gigi anak, dia kata.


Dan ada satu bende yang aku tak akan lupe. One day when i was very small....few years old. Maybe 4, 5 years. Masa tu dia tengah dukung aku...and then he told me, i was his favourite. I will never forget that moment with my dad. (sorry abg iz, azie....ngahahah) 


But still, i was the one yang rebel dengan abah aku. Ahh....kasih sayang parents kite tak pernah pudar kan. Bile dah jadi parents, kite paham.


Sama dengan apa aku tengok kat Din skang. Kasih sayang dia pada anak bini memang takde galang ganti. He is a better father every day, a better husband every day, a person full of love, a selfless person, who puts me and his child first.

Happy Father's day to my dad, to my husband and father of my child - Din.
Happy Father's day to all fathers...you deserve a dish of delicious Tony Roma's beef ribs...and lots of love from your wife and kids.

x0x0

Read more...

The Wait...

>> Monday 11 June 2012

Assalamualiakum...


I went out for lunch with Din. Bukan selalu ni. We went to eat ayam penyet. Lunch kan, banyak la kereta semua. So there is this one kancil yang macam nak keluar parking. Tapi cam takut-takut dan teragak-agak nak keluar. Him, being a gentleman, berhenti la nak bagi dia jalan untuk keluar parking. Still kancil tu teragak-agak. Dok keluar sikit, pastu cam masuk balik. And me, being the impatient one, i said, "Jalan jer la. Camni pun nak layan lagi." I was refering to the lady in the car, and the busy-ness of the lane. Kalo aku mmg aku takde der nak layan org dok gohead-gostan camtu. Baik aku jalan cepat, so lane tu free dan dia boleh kuar tanpa was-was....huhuuh.


Din pun jalan je and he said, "Pempuan bawak kete mmg camtu. Terhegeh-hegeh. Pastu nak mintak equality la ape sume. Nak mintak supaya dilayan sama level dengan lelaki. Masalahnya pempuan dengan laki mmg tidak pernah dan tidak akan sama level."


Which hit me.....hahahha....its true. But i kept quiet, with a small smile on my face. This is an issue which aku tak bape nak komen sangat dah. Dulu masa aku muda mmg la aku agak defensive towards women kan. Tapi as i grow older, i realize men and women are different.

But anyway, that statement by Din agak open aku rasa. Pempuan dan lelaki mmg tak sama level. Tapi by default, i dont think we can say lelaki is much more superior berganda-ganda dengan perempuan. What i meant to say is, certain things women can do better. Certain things, men can do better. Example dari segi kekuatan dan stamina, generally maybe laki ada lebih. Sebab tu la kan scoring dalam sports pun dah berlainan. Dalam tennis for example, straight set for men is 3 sets....and for women is 2 sets only. Sebab tu jugalah dalam sports diasingkan game utk laki dan pempuan. Sbb kudrat laki dan pempuan lain. Jadi, aku rasa dalam dunia skang ni, men and women have to prove they can do better on certain area and outdo each other. Tu je.....banyak cakap tak guna.

And also, just maybe men is calmer that women (of course, not all....just generally). So they can think and act better....ehehe.

Anyway....

My days are numbered. Its a countdown to a certain day when i will give birth to my second child. I dont know how long the countdown. I dont know how much to count. Arghhh.....the agony of waiting.

This Thursday i will be meeting with my gynechologist, Dr Fairuz at DEMC. Ahahah....interprem doctor tu kat sini plak. She was my previous gynae with Aynur. Biasalah kan, bile kite dah biasa dengan doc tu, dan ada good experience with the doc, we would choose the same one. Dia suke gurau. Dengan aku gak suke gurau....dok lawan-lawan cakap la kitorang. And she was lepak also. I still remember masa aku baru lepas push Aynur keluar, she was stitching my perineum back to be intact (yeah duh, it tore! walaupun tak byk, syukur). Sambil jahit-jahit tu dia dok nyanyi-nyanyi. Nyanyi lagu apa pun aku tatau. Tapi aku rasa lega somehow. Kalau aku tau lagu ape, aku dah nyanyi sekali. So aku pun tersenyum dan rasa relax. Oh anyway, i had my epidural that time.

And then last-last tu dia kata...."Ookayyy Farin. All nice and done. I'll see you again tomorrow, ok!," she said with a big smile on her face while cheking her "artwork".

And important thing this Thursday.....is baby's 3D scan. Cant wait to see his face.... =)


Later.....

Read more...

Cite pregnant sket...

>> Tuesday 5 June 2012

Beratnya Ya Rabbi....!! I have less than 2 months now.

I am now around 7 months plus. Im not sure how many weeks exactly....huhuuh. 30 gitu la. 30 plus sikit aku rasa. 31 kot....ke 32. i never ever count my period. Masa pregnant kat Aynur pun sama. Tak sure dari segi timing ni. Same reason....i never count my period. Yang aku tau, dia sampai lebih kurang every month. Bende-bende leceh kire-kire period ni memang aku malas sgt la nak bwat kan....


Oh yer...itulah juga sebabnya adik aynur ni terlekat awal. Pastu eksyen tanak amik contraceptive. Lepas ni aku memang nak amik contraceptive. Memang anak ni anugerah tuhan. Tapi kite kena pandai manage anugerah tu kan.....kalo beranak ikot lekat je...susah aa. Kena tgk kemampuan. Kemampuan tu plak banyak segi. Dari segi masa, tenaga ape sume. Bukan duit sahaja. Aku plak tak plan nak anak banyak. Tak jugak plan nak amik maid 2 org ke. Dan aku plak jenis one woman (freak) show....aku suke bwat bende sendiri. Aku tak suke mintak tlg sesape sangat sbb last result selalu tak macam aku nak. Tapi downside dia, aku gak yang penat.

So baby ni dah 3 kali check gender, by 2 doctors. Dua-dua confident baby boy. So aku pun confident la baby boy. Dah get ready some boyish stuff. Kalau dulu caru baju ada bunga2, kaler gegirl sket....kali ni cari yg ada blue-blue, ada gamba kete, truck.

Expected delivery date is around end of july. The date is not confirmed. Kejap 29 July, pastu kalu tak salah baru ni doc cakap 31 July plak. Alah.....agak2 la kan, akhir July. But i have a strong feeling.....this little soldier will come out early. Baru ni Makcik Ani, makcik yg selalu ngurut aku tu datang urut aku. Sbb aku rasa kaki aku memang lenguh sangat. So dia urut....rasa lega sikit. Pastu dia kata dia nak "bela perut". Kire dia nak check perut la....dia kata, "Betul ke akhir bulan 7 ni, makcik rasa lagi awal ni. Ni baby dah turun jauh ke bawah ni." So well, there is a possibility aku beranak awal. I even suspected that im already dialating....eheh.

And one reason why baby turun bawah, is because i carry Aynur well into my third trimester and i do lots of work. Skang sekali sekala ada dukung lg. Tp aku kena stop dah, the pressure is too much down there.

Aku takot sket nak beranak ni. Alah dulu pun aku takot. Tapi dulu takot sakit. Skang takot ni ada lebih lagi. Aku takot aku tak mampu jaga anak. Aku takot aku neglect mana-mana anak aku. Aynur masih kecik. Aku akan sangat sedih kalau aynur rasa aku neglect dia. Tapi tu orang kata, bile anak masih kecik, dia tak paham sangat kite terpaksa 'neglect; dia kejap. Sebab dia tak ingat sangat. I mean dia mungkin tak sedar sangat yang kite terpaksa 'away' dari dia kejap. Kecik-kecik senang distracted kan.





Aku selalu doa, oleh sebab Allah dah bagi aku anak kedua rapat dengan Aynur, tolonglah bagi aku kekuatan yg lebih, kesabaran yang lebih. Tapi aku selalu tengok keliling aku....kawan-kawan aku yang bekerja ada je anak kecik rapat-rapat. Pastu boleh je manage sume dengan suami. Jadi aku tgk bende ni positive....its doable. Boleh dibuat. Mak aku, kawan-kawan banyak jadi inspirasi gak aa...suami isteri kena tolong menolong.

Till next time...

Read more...

Hidup...

>> Thursday 10 May 2012


Aku selalu pergi page Dr. Asri, bekas mufti perlis tu. Dia juga dikenali sebagai Dr MAZA. Page dia, Minda Tajdid memang aku selalu visit weekly. Bagi aku tulisan dia sangat membuka minda, in Islamic way. Dia memang mengupas pape issue dengan minda yg luas....dan aku selalu puas baca tulisan dia.

Tapi tu bagi aku la. Orang lain banyak tak suke dia. Kata dia sekular. Tapi at the same time, ramai orang salah paham ape dia tulis. Lalu teruslah dia digelar sekular. Ramai org tak reti men-digest dakwah dia. Tak kisah lah. Gelar menggelar ni biasa. Dia pun tak heran. Tulisan dia tetap dibaca ribuan orang.

Oh, aku bercakap pasal Dr. MAZA dan Minda Tajdid sebab aku nak petik kata-kata dari page dia. Kata-kata ni pulak dia ambil dari seorang pejuang Islam di Mesir pada tahun 50-an, 60-an, Sayyid Qutb. Sayyid Qutb ni dah takde. Dia digantung. Aku tak minat sangat sejarah Sayyid Qutb ni, tapi aku suka dengan kata-kata yang aku nak petik ni.

Sayyid Qutb kata;

 Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad. Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu idea (i'd like to think - atau hidup untuk orang-orang yang memerlukan dan menyayangi kita) maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..”

Dalam petikan ni, i'd like to think....hidup untuk orang-orang yang memerlukan kita. Kite memang hidup untuk diri sendiri. Kite perlu menjaga dan membahagiakan diri.

Tapi hidup dengan anak-anak, dengan suami, dengan keluarga besar kite...itu adalah sangat bermakna, kan? Knowing that your child is waiting for you everyday and smiling so wide and running towards you when you pick them up after work. Knowing that someone is missing you always. Knowing that when we are not in this world anymore, you have your precious legacy, saying their prayers for you.... Ameen.

I know i wont be writing during mother's day. Sebab weekend la aku bz sket.  

So this is an advance happy mother's day to every mother....you deserve all the kisses on the cheeks and the most delicious and expensive chocolate cake in town...ekekek.


Later.

Read more...

Mother's Day

>> Wednesday 9 May 2012

Eh, betul ke aku dengar?

Mother's Day haram? Alahai...biar betul. Sedih plak aku. It has been a tradition in my family, to go find a good place to eat and enjoy our food. Family kitorang plak jenis suke try makanan....so it is fun. And we would get a nice cake and take pictures. It has been a family tradition, kitorang adik beradik akan share duit makan tempat best sket.

Well, thing is....my Christian friend also doesnt understand about the explanation on mother's day. Biasa la kan.....kalao sesuatu hari yang haram tu, memang dikaitkan dengan hari-hari tertentu dalam calender Kristian. Tapi diorg pun tak paham...i mean....i hope it is not made up. Harap jangan lah asalkan sesuatu celebration tu bersifat sejagat dan 'international', terus kite kena cari cerita untuk haramkan hari tu. Terus kite tak dibenarkan celebrate....because its international and Islam tak boleh ikot langsung.

An weird thing is....we've been celebrating this for puluhan tahun dah. Yes...i remember making a card for my momma, making a poem and saying nice things in the card when i was so little and going out with my dad to find a cake for my momma.

And orang kata, kenapa kena ada mother's day utk menunjukkan kite sayang emak. Kenapa nak tunjuk kite sayang emak hari itu sahaja? Bagi aku la...bukan camtu. Bagi aku, its one special day to celebrate your momma. Its like....HER day, not any other day. You maybe love her everyday...no doubt about that. But do you give her presents everyday? Flowers everyday? Do you call her every single day? Well this day is an acception. You make it HER day. You give her what you dont do everyday. You surprise her and make her happy....not like any other day.

Tapi....kot la mmg haram, kite terima la. Macam Valentine's Day, majlis fatwa memang umumkan haram. Aku pun tak heran sangat hari tu....bleh haramkan anytime. Tapi Mother's Day.....its a tradition. Oh well, like i say, kalau ada fatwa keluar nanti, kite terima la.

Aku baru tahun kedua jadi emak, dah aku tak dicelebrate.....cian aku.....hehehe. Maybe we can celebrate our mother on our own designated day....now thats something else..=)

Later....

Read more...

Aynur Warded

>> Tuesday 24 April 2012



Anak masuk spital cemana agaknye? Anak aku warded baru ni. That was the most selfless time of my life. I didnt sleep. I only fall asleep, only to wake up 10 minutes after that checking on my baby's drip and temperature....Aynur's drip...(yes i still call Aynur my baby. when she's 30, she would still be my baby. she used to me my baby once....so thats not too much right?...hehe).


Ape sulaa jadi?


Baru ni, dekat 5 hari, anak aku bangun tido malam, nangis and muntah. Aku mula-mula ingat anak aku ngigau. Dia nangis, then tekak kering dia muntah. Aku siap marah dia dok muntah2. Tapi dah start ada pattern plak. For few nights camtu. Tapi yang peliknye muntah waktu malam sahaja. Aku agak stumped aa nak diagnose condition dia, lalu pergi la klinik. Doc kasi ubat indigestion. Tapi hati aku blom puas, cam ada something else. Sebab aynur never has problem cam indigestion gitu. Malam tu dia muntah lagi. Pastu, esok siang tu dia muntah plak lagi. Ok, alarm is ringing. Hari khamis gi klinik amik reference letter, petang tu jugak jumpe paeditrician Aynur. Further checkup tengok-tengok dia ada infection saluran pernafasan. Saluran pernafasan dia ada putih-putih. Aduh....hati rasa down. Doctor Aynur suruh masuk ward malam tu jugak dan start treatment malam tu gak.


Doctor dia kata dia ada infection saluran pernafasan with tendency to bronchitis. Tapi blom kena bronchitis. Dia ada sebut pelik sket, tapi dalam bahasa senangnya gitu la sakit Aynur. Dada dia ada bunyi mucus. Kena nebulizer. Tapi her condition is still early. Early infection. If later then that, she would have been diagnose with bronchitis...if the condition becomes worse, it would progress to be pneumonia (radang peparu). Kasi ubat awal, bleh sembuh cepat and nicely kata doctor Aynur. So balik rumah, pack barang dan ready untuk berkampung di DEMC. Aku tak sempat nak khabor kat sesape pun pasal ni.


Paling sedih masa dia kena cucuk untuk drip. Dia nangis 30 minit tak henti. Diorg cucuk dia semua dalam bilik treatment, tapi aku bleh dgr suara dia nangis. Argh...meruntun perasaan. Memang sedih. Aku ni first time anak masuk spital. Dia selalu tersenyum aktif ceria, tiba-tiba kena cucuk tangan dengan drip segala. First time kena nebulizer, muka monyok, mata bengkak nangis, phobia tgk nurse...breaks my heart. I almost blame myself for this. But which part is my fault? Then i think blaming myself is stupid.











Malam2 tido kena drip. Aku mmg tak tido malam aa nak jaga drip dia. Tengok demam naik ke ape. Tu aku kata, my most selfless time. There's no myself....there's only Aynur. Third night tu je tido lebih sket sebab condition dia makin baik dah. Nasib baik reaction dia to medicine agak cepat. Masuk malam khamis, tghari ahad dah bleh blah. Tapi eventho dah kuar tu kena continue meds dia. Antibiotic dia agak sial...like meds from hell (yer, aku mmg rasa semua ubat2 aynur sebelum bagi dia). Dengan pekat dia...dengan granules dia halus-halus...mmg lekat kat tekak. Pastu PAHIT lagi. Demmit! Tapi kena paksa. Doc dia kata, dose kena cukup. Tak cukup kalu, kuman tak mati, infection berterusan, demam naik, batuk teruk...warded balik. So aku dengan Din kena strict. You gotta be cruel to make sure she gets well. Memang aku cekak muka dan mulut dia. Dia muntah aku bagi lagi ganti muntah tu. Sorry nunor....mama tau rasa dia tak sedap, you hate it. I hate it too. Tapi mama dengan abah kena paksa gak.


So now this is the second day she's out of the hospital. Nampak like getting better. One thing is, she's happier at home. Kat spital, she was so unhappy. She hates to be handled by strangers. So kat rumah ada orang dia kenal, ada barang mainan familiar dia. Happiness is so important to get better. She's back to her cheeky ways and she gain her appetite back. Syukur Alhamdulillah.


Aku banyak la bersabar dan tabah menghadapi sume tu. Walaupun dia tgk aku ni cam orang jahat sebab dok kepit dia kiri kanan bile nurse bawak nebulizer, kena la kitorang cekal kan. Tapi aku pun tak paham apsal sedut nebulizer kena nangis. Tapi bagus la kan....dia akan sedut gas tu makin dalam bile nangis. Aku selalu teringat nasib budak-budak lain yg lebih teruk. Ibu bapa lain yang anak dia sakit lagi kronik. Syukur ini hanye dugaan kecil sahaja, 3 days at the hospital and the cheeky girl is back. This will make us stronger. I always carry this saying in myself...what doesnt kill you make you stronger. what doesnt kill you makes you a fighter (familiar? lagu kelly clarkson tu. tp that saying has been in me for a long time already).


This goes to my child as well. Im gonna teac her that. She will be stronger. Sometimes you gotta face some ordeal to be stronger.

Read more...

komplen

>> Monday 9 April 2012


Korang selalu komplen tak? Komplen dengan mengadu lain tau. Banyak komplen dan selalu tak puas hati adalah bende yang annoying. Like, ada je bende tak puas ati...padahal sume org lain pun dalam situasi sama, tapi orang lain tak plak komplen kan. Misalnye ko tengah dok tengah panas. Semua orang dok panas berkipas. Pastu ada orang tu dok bebel...."panasnye, panasnye...tak suke la, panas ni." Itu membuatkan kite semua makin panas dan mahu menyumbat kipas ke dalam mulut dia.....baru la kite sejuk sket kan.


Manakala mengadu ialah hanya untuk berkongsi perasaan...nak share sikit supaya terasa ringan ke, sbb takde ape yg boleh dilakukan lagi. Keadaan tu takleh ubah, orang tu kena terima nasib diaa. Atau kite saje nak share supaya jadi pengajaran atau news kat kawan-kawan ke ape.


Senang untuk orang salah paham antara mengadu dan komplen ni. Salah satu cara nak differentiate is...intonasi suara. Ngadu ni intonasi perlahan dan lembut sket. Sebab nature mengadu is nak share dan maybe mintak attention dan simpati sket.



Komplen ni selalu suara bising dan kepoh sket. Kalo pi cakap kat sume orang, tu komplen tu. Lebih-lebih lagi kalau orang tu dok berulang-ulang cakap. Ade je bende tak kena. Pastu dia memang expect orang untuk support dia dan sama-sama mengutuk orang yang dia maksudkan dalam komplen dia....tsk tsk. Aku rasa obvious kalo komplen ni....is when everybody is facing the same thing. Bende tu memang macam tu, sama-sama kena kite tak boleh bwat pape...benda tu la dia sebok nak bising. Dan bile orang tu manjang adeeee je bende nak komplen@ngadu....orang jadi bosan. Last-last org jadi malas nak dengar dan takde perasaan dah. And obviously no one will respond atau join kata-kata tak elok dia.

Lagi satu annoying is, when you complain things that you dont know about. Ada la orang ramai dok komplen pasal ptptn. Alahai kecoh...bukan dia sorang bayar. Aku pun bayar. Dah namanya pinjam....bayar la. Pastu dah dia kena bayar, dok kata ptptn patut dimansuh kan. Dah tanak bayar patutnya dulu kasi la dapat 4 flat ke kan. Boleh convert jadi scholarship. Aku malas sket bising pasal bende-bende gitu. Aku bukan la pandai sangat ke ape....tapi nak belajar ni, memang kena kuar duit kan. Mana ada dalam dunia ni negara yg kasi pelajaran free. Ok la...maybe ada la certain 2, 3 kerat negara kasi free pelajaran....tapi aku rasa mesti diorg cover ikot lain. Ni cakap pandai...tapi cakap macam cakap buta-buta bodo-bodo je. Komplen je lebih. (Pasal ptptn tu...aku cume rasa diorg patut kurangkan bunga sahaja. Bunga mereka memang agak tahik. Tahik ayam. Bunga tahik ayam).


Aku bukan ape...sebab ada je orang yg jenis suke komplen ni. Tak bagus tau. Jenis mmg nature dia, adaaaaa je tak kena. Bende yg orang sume kena sekali pon dia nak bising. Dia macam ingat sume bende patut perfect untuk kesenangan dia kot. Ko jadi malas nak sembang dengan dia ke ape. Ade je bende negative dia nak ckp. Kadang-kadang nak bercakap ni, kite kena tengok kata-kata kite ni berpekdah tak. Kalo asek untuk komplen, untuk memulakan umpatan atau maki hamun...lupekan la. Bwat dosa je kan...

We should embrace and be thankful more....and complain less. There are a lot more things to be thankful...

Wallahu'alam.

Read more...

Pregnancy lagi aa...

>> Thursday 22 March 2012

Rumors has it....that im pregnant with a baby boy....hehe.


Rumors dari mesin sonogram doktor aku ler....hehehe. Aku 5 bulan pregnant dah. Cepat kan? Sebab apa cepat....sbb aku lambat tau yang aku pregnant. Masa tu memang ada rasa cam pregnant tapi aku takot nak check utk confirm. In denial la kire. So aku delay untuk confirmkan. So bile dah confirm tu lambat...dia jadi cam laju la kan.

So 5 bulan memang dah bleh tgk jantina. Aku bende2 gini memang tak bleh nak tunggu. Aku tak sabar. Aku kan manusia yang nipis kesabarannya....hahaha. So dia jadi meronta-ronta nak tau. Doktor pun pulas dan kilas mendalah handheld ultrasound dia tu...dapat view bawah bontot dia (bontot baby, bukan bontot doktor). Nampak macam balls, the testicles....hahahha. Baby ni boy rupenye. Tapi aku tanak rely 100% kat gambar tu je. Next time nak check lagi. Mana tau kot umbilical cord dia je ke bergumpal....sapa taauuu.

Aku tak pernah bitau sesape lagi, tp sebenarnye hati aku nakkan baby girl actually....hehe. Sebab aku nak Aynur dan adik pempuan dia jadi the best of friends, sharing everything and playing together, satu kepala. But then, baby boy ke girl ke....same je. Still adik beradik. Biasa la manusia (aku la)....berkehendak. Aku teringat lagi time aku pregnant kat Aynur. Aku nak baby boy....tengok-tengok dapat girl. And i love Aynur more than my life. In the end, it doesnt matter one bit.


So, beza pregnancy kali ni....tak byk dari time aynur dulu. Alhamdulillah, takde morning sickness ke ape. Lepak je. Tapi penat dia cam hopeless sket. Dulu penat masa pregnant first, aku bleh layankan. Kalo penat aku pi rehat baring-baring, tido awal. Ni ada Aynur....nak layankan penat? Kau jgn harap. Skang ni tetiap malam nak tido lambat budak tu...apesal ntah asik nak main je. Asik nak memunggah jer. Memang stage dia kot. Memang aku jadi monster jadian aa kan. Tahan jer la. Aku rasa cam wanita besi dowh. At 5 months pregnant, aku memang still dukung Aynur yang 9kg lebih tu. Bih kalau anak dah hulur tangan....cemana? Atau ko nak bergerak cepat kan, malas tunggu dia terkedek-kedek jalan. Ramai je kawan2 aku camtu. Dah sarat still mendukung toddlers diorg. Ahh...kite pregnant, and ada anak kecik lagi nak jaga kan. Kite kan pempuan moden, pempuan yang ada banyak job scope, pempuan yg (kena) lebih kuat. Kite redah je...semoga Allah lindungi kite, mama-mama dan mommy-mommy sume. Amiin...aku selalu berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan. Dan aku selalu rasa, situasi aku ni mesti pempuan lain hadapi juga. Semoga mereka juga diberi kekuatan.


Skang pregnancy is mid-way. Baby is so alive and kicking! The familiar feeling of a moving being inside me is back. The flutter 'gassy' feeling when baby flip and press against my colon....hahah.


Aku dengan takde kerjanya, telah categorize all of the baby's movement...according to my feelings la kan.

1 - the flip - you feel like (huge) butterfly in your stomach. like a wave, a flutter. like baby is doing all sorts of movement at once. like he's doing some acrobatic movement. usually this is one of the earliest movement felt. sebab ruang dalam perut still banyak, baby boleh gerak bebas camni. so rasa cam ntah ape-ape2 dia bwat, cam berenang ade, cam sepak takraw ade.

2- the soft tap - its when baby taps softly. its not as strong as the kick. more like a tap. maybe a slow kick from inside.


3 - the push - its like when baby moves slowly and lazily in your tummy. like maybe he wants to change side. and when he moves, you would feel like he's pushing to shift place. the push can be divided into 2 kinds;
             - pushing with his body - there would be a huge bump on my tummy which makes my tummy seems senget. this would make me feel like im gassy nak terkentut.....but no kentut comes out of course.
             - pushing with his 'small and sharp' body parts - like his feet, hands, knees, elbows... which
means i would feel a bit ngilu, but nice  =D


4 - the push and drag - its when baby push (as above), and then he drags his weapon (hands, knees, elbows) across my tummy (which means more ngilu).


5 - the kick - the mother of all movement, where the baby gives you one strong blow to your tummy. this is the most exciting for me.

6 - the organ kick - this is when baby does not kick your tummy, but he's kicking your organ. namely (usually), your stomach, colon and bladder. again, feels like you're gassy, feel like u're pressured to pee.

For all of the movement, no pain is felt by the mother.....only much love, smiles, and happiness that the baby is growing like a champion.

x0x0

Read more...

Our Home

>> Friday 16 March 2012

We have a home now. We're counting days to move in our new home. This little house was bought sometime in 2009. It was bought 'impulsively' actually.

Wah, bunyi cam orang kaya plak....hahaha. Orang lain beli kasut impulsively. But we bought a house impulsively.

No la...actually we didnt plan to buy a house. Masa tu belum kawin lagi. Tapi dah dekat nak kawin. Few months, few weeks lagi nak kawin. Masa tu ada developer pecah tanah nak bukak kawasan baru kat belakang kawasan umah mak aku. Mak aku dok tanye, tanak beli ke. Aku cakap takpe la...tanak lagi la. Takde duit. Takot nanti dah kawin duit jadi sesak sangat nak bayar rumah ke ape sume. Nak tgk dulu keadaan kewangan cemana nanti. Mak aku pujuk lagi....dia kata beli la. Kawasan cantik. Rumah pun cantik. Shah Alam ni kawasan elok. Plak tu dah takde tanah dah Shah Alam ni. Kalau nak bukak tanah baru pun rumah plak akan jadi makin mahal. Mama boleh tolong ain. Aku jawab sama....nanti la...dah kawin nanti, tgk la cemana. Taknak la pakai duit mama. Mak aku kata tak boleh tunggu kawin. Rumah tu akan habis kejap je. Aku dah serba salah...aku tak bape nak. Din plak masa tu takde sini....dia tgh ada keje kat Germany. Aku sms dia di Germany...dia pun cam sama dgn aku. Tanak rush beli rumah lagi ke ape. Nak tgk dulu keadaan kewangan lepas kawin cemana.

Tiba-tiba mak aku (dengan bapak aku sekali) jadi Terminator. Mak aku memang boleh berubah jadi Terminator....ko jgn memain dengan mak aku. She's not an ordinary mom yg lemah lembut gemalai. Dengan lidahnye yang tajam dan suara yang mampu naik berkali ganda kau punya desibel, she can make you follow what she say (of course those are sensible good things. kite je yg keras kepala kekadang). Mesti lah diorg nak yang terbaik untuk anak cucu. Well, she practically force me to buy it. She practically drag me to the developer office, and make me choose the unit. Of course me and Din have no budget for a house that time, kitorang nak kawin ok!.....so she help paid the early payment. And aku masa tu still serba salah. Mak aku kata jangan risau, kalau mmg tak mampu, mama beli balik rumah ni dari ain. Kite tatau rezeki masa depan. Mungkin masa tu Ain dgn Din dah mampu. Rugi tak beli. Kawasan elok, harga sementara lom tinggi sangat lagi ni.

Lepas tu rumah tu bertukar tangan kepada nama Din dan nama aku. Lepas tu kitorg proses loan sume, then kitorang sambung bayar sendiri. Now the house is fully our asset. Well, here i would like to say thank you to mama and abah. Skang aku bersyukur kami beli umah tu. If not because of them forcing me and Din to buy it....and helping us to kick-start some early payments, we wouldnt have the guts to commit to RM330,000 (after rm30,000 rebate...untung lagi!). Not only we wouldnt have the guts, we also dont have the money to commit that time. If we dont buy it that time, we wouldnt get a decent house, at a good area, at a good price. Eventhough sometimes parents can be nagging and we feel a bit unreasonable (...like forcing you to buy a house!), they can see the future. They want the best for their anak-anak and cucu-cucu dan mereka sanggup berkorban ke arah itu. 




Me that time at 2009 still young, lom kawin, couldnt see the future (and i thought orang-orang muda lebih berfikiran terbuka.....fail dowh). All i see is i wanna lepak with my hubby. Enjoy-enjoy, tanak susah-susah kuar duit banyak-banyak. Padahal dah kawin la senang beli rumah...boleh join nama. Kalau sesak-sesak, boleh hadapi sama-sama. Boleh kongsi senang susah. Bagi aku istilah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian is bolocks....hahaha. I hate bersusah-susah. Tapi aku lupe...lepas susah tu jadi senang. 

Well now, like i say, aku syukur la beli. Thanks to them, my parents. Skang Aynur dah nak besar. She would need a bigger space to move and learn. And now, another baby coming, which also means we need bigger space. Harapkan rumah apartment sekangkang kera kat tingkat 7 tu....susah jugak. And like what my mom said once (dan berkat doa dia jugak...Alhamdulillah), Din dgn aku makin stable. Takde la byk duit sangat....jauh sekali. Tapi mampu la. Tu pun kena gak saving-saving. Potong budget sana-sini. Tapi aku takde la beli beg Coach ke, beg Gucci ke, LV ke....and good thing is, i never care about those big brands. I swear, really i dont care. Beg aku paling mahal is....LeSportSac kot....hehee. Beg tu la aku dok harung sana sini.... =D and im always at peace.



Skang renovation is in its final process. Kitorang bajet nak masuk rumah akhir bulan ni. Tapi tatau sempat ke idak. Barang-barang pun belum kemas lagi. Contractor tu bapak aku yang rekomen. Dia dah bwat rumah bapak aku dulu. Bapak aku gertak kontraktor tu few times....hahaha. So aku rasa kontraktor tu cuak nak main-main bwat rumah aku. Aku tengok workmanship cam ok. Aku puas hati la gak...takde hiccup.




So now, we're planning on our time to start packing and moving.

Read more...

HFMD

>> Sunday 19 February 2012

Thats short for Hand Foot and Mouth Disease. Aynur kena hari tu. Tapi Alhamdulillah tak teruk.

Pagi tu, aku tgk ada bintik2 merah kat lutut dia. Lutut tau. Lain takde. Nampak pelik. Aku tak begitu gembira. Lalu petang tu aku bawak dia ke klinik. Doc tu plak tak bape sure. Dia kata nak kata HFMD, apsal kat lutut plak blister tu. Very rare katanya. Selalu kat kaki la....kat tangan, keliling mulut and ulcer inside mouth. Dah dia dok tak sure, aku suruh dia refer specialist. I cannot live dengan tak sure tak sure ni...kalo sakit lain cemana kan?

So esok pagi bawak pi DEMC jumpe pediatrician Aynur. Dia check blister kat lutut tu, then check mulut ape sume. Katanya... "this is a classic symptom of HFMD". Aku tanye la dia....tu blister dia banyak kat lutut tu doc? Dia jawab, blister tu sekati dia je nak naik mana. Tapi selalu tak lari jauh dr tangan, kaki dan mulut. Well, dah doktor pakar sure bebenor itu HFMD, aku puas hati la gak. No ubat for HFMD. Kena biar dia naik habis....habis cycle dia, sembuh la dia. Just like demam campak. Nothing to worry.

Aynur berjangkit dari budak nursery. Sebab aku ada tanye teacher Aynur kat nursery pasal budak kena HFMD. Teacher dia kata ada. Tp mak budak tu tak ngaku. Dia kata anak dia ada infection je. Padahal ada ulcer dalam mulut, pastu ada blister kat kaki....HFMD la tu. Takpe la tu. Aku pun mengambil keputusan (dan atas arahan doktor juga) untuk kuarantin Aynur. Aku jaga dia sendiri for almost 2 minggu (nasib baik bleh work from home). Minggu depan ni start second week aku jaga. Penat? Toksah cakap la.

Well, look at it on the bright side. It will strengthen her immune system. Lagipun HFMD dia tak teruk. Ulcer dalam mulut ada la dlm 3 ketul. Aku rasa seksa gak tu. Ada budak sampai kena drip sbb tak lalu makan sbb sakit sangat. Kite ada seketul pun bising je kan. But she's doing well. Not much complain. Cume selera dia kurang sikit. Blister keliling mulut takde. Nasib baik. Boleh la anak mama ni maintain comel...hehe. Mostly kat lutut, dan beberapa bijik keliling badan, tangan and kaki.

Aynur dah setahun setengah. Besar dah. Nak jadi kakak dah. Senang absorb bende keliling. Dia jenis curious...cam aku. Buku animal dia 95% dah hapal animal. Kalau dia dengar bunyi burung, dia akan excited and she'll say..."bird!". Oh and she loves cat. Bile ada masa, aku selalu gak aa kasi input kat dia. Ulang dan ulang dan ulang. Thats the key to teaching babies and toddlers. Repetition.

Satu yg kena jaga depan budak ni, is perilaku kite kan. Dia tgk dan ikot. Baru ni aku tercakap shit depan dia....dia ikot ko! Dang! And Aynur ni, apa-apa kite suruh ikot cakap, dia akan ikot. Macam parrot....hehehe. Start few months back, dalam setahun 3, 4 bulan gitu, dia imitate org semayang. Seronok aku tgk. Kalau dia nak semayang, dia akan semayang. Ikot apa jenis kain yg dekat dengan dia....kain towel ke, baju dia je...dia akan baling depan dia konon hampar sejadah, takbir, terus sujud. Ada bunyi Allahu Akbar. Sujud lutut tak cecah. Tertonggeng. Ahh...adorable dowhh. Mak aku ada bg sejadah kecik untuk dia...and im gonna get her kain semayang soon.

Heheh...anak-anak nak besar dan tengah belajar. Macam-macam. Kite pun terhibur. Kids and their antics. They bring us happiness...they also bring us tiredness, madness and such. But mostly happiness.... =)

Read more...

Berjumpa Kaabah kali ke-3

>> Thursday 16 February 2012

No, not me. But my parents. Kali pertama berjumpa Kaabah untuk umrah....years back. Lepas tu untuk haji. Kali ketiga ni untuk umrah. Maybe this is the last time diorg berjumpa kaabah. Sebab abah aku kata dia dah stop letak duit dalam tabung haji. Dia kan dah pencen...tak makan ler kalu dok asik taruk dalam tabung aji. Dia pun ada tempat simpanan yg lain.

They just left in my brothers'a car to the airport. Flight kol 8.30 mlm ni. Abang aku hantar. Mula-mula aku cam terpikir nak ikot hantar. Tapi diorg kata kat aku tak payah pergi airport hantar la. Dengan aynur tu ngantuk....kesian dia. kasi dia tido....kata diorg. Mama dengan abah aku memang la kan....diorg memang tak mahu menyusahkan org. Eventho anak-anak dia sendiri. Mula-mula diorang siap kata, kalau semua kerja hari abah gi umrah tu, abah dengan mama gi dengan teksi je. Di mana menyebabkan aku dengan abang aku terus sound diorang. Ada ke nak gi dgn teksi kan. Abang aku kata dia anta la....dia amik half day.

Tapi pe'el tanak nyusahkan orang tu memang melekat kat aku. Aku mmg jarang sket mintak tolong orang....melainkan memang perlu sahaja.

Aku ada la mintak diorang doakan....supaya anak-anak aku, iaitu cucu-cucu diorg menjadi anak yang soleh dan sihat sejahtera dan semua yang baik-baik. Mintak doakan supaya aku diberi kekuatan untuk pregnancy ini. Mintak pregnancy ini berjalan lancar dan kelahiran yang lancar. InsyaAllah...

Cakap pasal rumah Allah, Kaabah ni....aku ada register untuk pergi haji. In queue lagi 20 tahun kalau tak salah. That means dalam 50 gitu la umur aku bile sampai time. Tapi kalau ada rezeki lebih, duit cukup, aku nak gi awal lagi. Bile pergi haji awal, dapat ler kite mengontrol diri kite hendaknye, yang sudah berhaji dan berhajjah dari membuat dosa.

Semoga mereka dapat mengerjakan umrah dengan lepak dan cool dan semoga kerja-kerja mereka dipermudahkan di sana....Amiin.

Read more...

saya, agak garang...

>> Friday 10 February 2012

i think im strict. i want to be a person who the kids will look up too and being open. Tell the tales of their day, discuss things with me, ask question about life to me, tanye agama with me, talk crap with me (because i can talk crap too....haha). i will try my best to cater to their needs selagi tak melampau. aku akan bg kebebasan (dengan batasan) kat diorg. tapi, aku nak diorg jugak takot dgn aku. takot nak bwat salah...takot nak melawan....takot nak kurang ajar. aku nak diorg sayang, takot dan hormat.

ko pernah tengok budak selamba pukul bapak dia in public? aku malu kalo jd gitu. budak dulu mana ada berani camtu. sbb ape? sbb parents garang....kau berani nak bwat gitu? biru la peha. sblm kena cubit tu dah kena sound2 dulu. tak makan sound, biru la peha. tp aku hormat dan sayang je kat mak aku. tp sekarang orang tamau camtu....suara pun tamau naik. pastu jadi terbalik derr. dia yg kena pukul dgn anak. pantangnye aku camtu.

hari tu anak aku dah start nak pukul2 org. dia pukul muka aku. mana belajar ntah pukul org tua. i think it must be a stage. aku cakap elok2 jangan pukul mama. pastu aku tgk dah gatal tgn pukul abah dia la...pukul nenek dia la. aku cakap keras sket pulak....'jangan pukul orang!'. still ada pukul2. aku cubit sket peha dia, atau tepuk lengan dia (tak sakit...maybe ada rasa sikit je. kena ada rasa sikit...thats the whole point. rasa sakit sikit. pukul tak rasa apa baik tayah pukul). kalo aku nampak dia nak pukul, aku cakap keras sikit. and now latest aku rasa dia cam teragak2 nak pukul org. kurang dah. aku tau dia mmg paham apa aku cakap and i think it works. kadang-kala kite kena jadi hitler....bak kata kak na (kak ipar laki aku...kak ipar aku gak ke? ke besan?). dia ada anak 4 org....sume kecik2. bayangkan kalo ko kasi muka kat sume.....haha. kite ler yang pengsan. kalo anak gaduh, dia pulas kulit bawah lengan tu...sume terus senyap (tp tak lama la).


aku rasa kalau nak marah, boleh marah. tapi kena marah ikot stage. kalo dia tak paham bahasa lagi, bwat ape la nak marah menggila kan. ko la gile kalo bwat gitu. tp dibiarkan berlalu begitu sahaja....tidak mungkin. tidak mungkin aku akan biarkan anak aku bwat salah tanpa teguran langsung. like apa yg dia bwat tu sume ok. impossible from my side. bg aku, masa kecik2 la nak ajar slow-slow. walaupun dia tak paham ape kite cakap lagi, tegur je. it will get in the head kan. InsyaAllah. kalo kena paham la kan....bukan kire asek nak marah budak je. kena seimbangkan semua.

aku mungkin nampak cam emak yang kunun emosional. tu jauh di dalam hati je. tp aku ni sbnrnye garang dan strict. cemana jadi gitu? sbb aku byk observe. aku byk observe cara parents lain besarkan anak dia....dan macam mana anak dia jadi. so ada yg aku nampak menjadi elok. ada yang aku nampak....kureng. ada yang langsung tak makan cakap...kureng la tu kan. (kebanyakan yg aku observe are the people older than me. sebab kawan2 aku pun ada anak sama umur je dgn aynur. belum nampak result). so bile anak tu dah umur 4, 5, 6 ,7 tahun....kau boleh tgk la result dr cara parents dia besarkan dia tu. so i learn....i dont judge. i learn. who are we to judge.


kite nak yang terbaik utk anak kite. kite nak dia besar independent, berani, pandai bawa diri (macam aku la kire....hehe). nak dia besar jadi bijak pandai dan ikot ajaran islan. also follow certain rules of the house. basically, kite nak dia besar ikot cara kite dulu. cara aku membesar dan independent, mmg thru rules of the house. that is why i will put the same rules in my house. bkn rules cam askar tu. but simple logical rules. semoga anak2 kite membesar dengan baik.... amiin...

Read more...

Pregnancy

>> Thursday 2 February 2012

Second trimester is in ya'll!! My pregnancy, that is. Energy level is up. Spirit is high. Patience is controlled. Emosi yang masa first trimester a bit turbulent is now more controlled. Things are getting into place. And i just washed the toilet. Toilet bowl, floor, sink all sparkling white. Im on fire baby!

Kali ni pregnant, memang lain dari dulu. Dulu aku sorang. Aku tayah jaga sesape. Skang aku ada anak kecik, demanding attention. Penat dia lain macam. Patience is like on thin ice. Kadang aynur soh dukung tanak kasi letak. Arghhh...sabar farin. You are stronger than this. Aku selalu pujuk camtu bile aku rasa anger is sparking. Bile dah penat, makan pun jadi kelam kabut. Padahal dulu masa pregnant kat aynur aku cukup jaga makan aku. Aku pilih makanan yg elok. Aku banyak makan ikan...ikan yang mahal berlemak lak tu, telur pun yg mahal ada omega, sayur kalo aku tgk tak elok, aku amik je yg organik, aku makan yoghurt, aku makan kismis and kekacang, aku byk amik buah, sayur, minum air cukup. Air pun aku memilih. Air ada pewarna aku kurang amik...air gas kurang sgt, fast food sgt la kurang, caffein pun kurang. Jeruk-meruk is out of the list. Aku memang tak ikot hati. Aku ikot nutrition. Sebab dlm hati dan otak, aku nak anak yg "elok" and it starts from the womb. Then aku amik masa untuk exercise sekali sekala. Nak kasi kuat pelvic and muscle, supaya senang push. Pastu aku selalu ckp dgn aynur dan pegang perut...pesan dia supaya jd budak baik. Doa dia jadi budak sihat dan cerdik. Bagi dia dengar lagu Muse....ngehehe. Sgt la menjaganya aku masa aynur dulu. Tapi aku tatau la....dgn izin tuhan....aku puas hati dgn aynur. Buat masa ni, bagi aku dia membesar dgn elok. (aku jarang cerita pasal aynur kan. takpe, nanti bile2 aku ceite pasal dia)

Pregnant kali ni...aku rasa guilty. Makan agak kelam kabut...apa lagi nak pilih makanan yg elok-elok. Tapi ni second trimester sudah datang, aku sambut dgn tangan terbuka. Tenaga ada lebih, semangat ada lebih. Aku harap Allah kurniakan aku tenaga, kesabaran, kekuatan dan kesenangan. Aku berazam skang, nak jaga pregnancy ni sebaik mungkin. Little baby, get ready for second phase! Aynur selalu cium perut aku. Siap sembur angin macam aku selalu bwat kat perut dia. Pastu dia gelak-gelak. Nakal betul. Dia tengok baby, cukup seronok. Tu yang membuatkan aku senang hati. Maybe she will embrace this baby with an open heart too.

Pregnant kali ni jugak takde sickness. Sama masa Aynur. Aahh....im blessed. Org kata ntah-ntah girl lagi. Ntoh ler dek non....maybe la kot girl lagi. Aku pun tatau lagi boy ke girl. Tapi mengikut experience and mengikut pemerhatian aku, sign-sign ni taleh pakai. Mak aku dulu pregnant boy ke girl, sume takde morning sickness. Tatau la. Sbb aku ni pun tak sempat plan. Kan sperm laki ni ada dua jenis. Ada yg slow ada yg laju, where we can manipulate each kind of sperm to get desired gender. Pastu org kata ada makanan tertentu la ape sume. Ada la caranya nak kasi lekat untuk boy atau girl kan. Ni nak plan kebende....dia terus lekat unexpected derr. So kalau girl lagi, aku tak kisah la. Then adik and kakak can share many things and can be good friends.

Mengidam...takde. Cuma cam pregnancu dulu aku nak makan makanan pedas sahaja. Skang pun sama. Cuma skang ada tambahan sket...aku suka makanan masam. Makanan steam2 ni (melainkan steam itu adalah pedas)....sup-sup yg boring, goreng-goreng ni...last dalam list makanan aku. Maybe not even in the list. Thats a problem because its a big clash with aynur's food. Aku ada introduce dia dgn makanan pedas sket...tp dia tak tahan. Masuk je makanan pedas sket, sekonyong-konyong terus atas hidung dia berpeluh terus muka merah, terus luah makanan terus jerit nak air. And laki aku pun sama tak makan pedas. Jadi apalah nasib ku....huhuuh. Aku suke gile makan ayam penyet sbb sambal dia pedas. And biasanya aku makan sorang jer la. Dah sume tak makan pedas. Takde geng. Dulu aku makan ayam penyet mesti pedas berhingus. Sekarang selamba gaban aku makan. Air siap order last2 lagi.

Anyway, basically gejala pregnancy aku sangat mild. Gejala tu lebih kepada dalaman...emosi, kesabaran gitu. Memang aku kena overcome itu dan taleh ikot sgt. Tapi syukurnya aku...walaupun aku penat, walaupun aynur is demanding attention, aku consider ini semua tidaklah menyusahkan. Walaupun adik Aynur datang unexpectedly, there must be something good behind this. TuHan sahaja yang tahu....ini rancangan Dia.

x0x0.

Read more...

Australian Open.

>> Monday 30 January 2012

woot-woot.....

same old face, this blog. nanti2 la aku tuka.

anyway, Australian Open Grand Slam just finished last nite. finished with an over 5 hours match between Rafael Nadal and Novac Djikovic. Between a Spaniard and Serb. tennis is a one man show. and to think they run around the court for 5 hours....phew....it takes the stamina of a horse tu do that. aku tgk dedua ekor kuda tu cam nak pengsan dah masa nak amik trophy.

Women's final doesnt interest me that much. never a fan of sharapova. and she plays azarenka...bagus juga azarenka sebelum ni. tp bukan final yang menarik.

Tennis has always been the family sport in my family. every Grand Slam kitroang akan tgk and discuss. i can safely say, everyone in the family plays tennis. sampai uncles aku pun...semua main. even my mom. tp dia hanya akan amik bola yg dia boleh amik. takder der main lari2....kau gile. tp dia dalam 4 , 5 thn ni tak main dah....dia sakit lutut. Bapak aku sakit lutut gak....tp org laki ni kan....boys will always be boys....they want to play their game. masa main tak sakit. lepas main kena merangkak nak naik tangga.

federer is not number1 anymore for these recent years. djoko is the first. tp aku tak suke dia. aku tatau...mungkin ada sentimen agama dan perkauman. dia serbia dowwhhh! and kim clijsters, my fave woman's player....only got to quarter final. ahh....only 1 more step to final and she was out. thats already cool...when i think she's the only woman with a family playing tennis in the grand slam. yg lain sume muda remaja.

Anyway, until the next grand slam.

Read more...

Kena tukau dah niii....

>> Wednesday 25 January 2012

As-Salam...


My blog has the same face for few years dah kan. Its getting boring and outdated.


Laki aku dah komplen, gamba takde tudung kat blog tu tukar lerrr.....katenye...hehe.


Kita nak tuka blog kena la ada bahan dan material yang best. Aku nak cak cari dulu gamba yang cantik dan relevan sket utk letak tepi2 tu. Cari header cantik sket. Cari taglina cool sket. Pasti letak theme ke....hahaha. Beriye kan...ekeke. Eh musti....kita kan manusia suke melihat yang cantik2. Nak berupe cantik mmg kena beriye sket.


Aku takde per nak tulis pun...takde material nak tulis. Nanti2 la aku update leklok...


Ciao...

Read more...

Sembang-sembang pempuan...

>> Monday 9 January 2012

Salam All...

Aku rasa aku dah dalam 11, 12 minggu pregnant ni. Tapi tak sempat jumpe doctor. Ada hari tu jumpe first time masa around 6 weeks......terus scan. Terus can see something blipping....thats the heart, already functioning.

Bende yang aku paling concern dgn pregnant and brestfeeding (aynur dan combine dengan formula milk dah) at the same time is diet and nutrition. Aku cukup risau ketiga-tiga orang yang aku kena jaga ni tak cukup khasiat. Khasiat-khasiat yang awal ni sangat la penting untuk tentukan kecerdikan mereka kelak. Ketiga-tiga orang yg aku maksudkan is Aku, Aynur and Baby. Aku takpe la....aku dah tua bangka. Tapi budak 2 orang ni la. Aynur for me is growing beautifully. Aku kena jaga pemakanan and stimulation dia baik-baik. Yang adik ni la....aku risau tak cukup. Aku kena research banyak-banyak lagi la.

Aynur plak...syukur dia minum susu formula dah. Tp secretly it breaks my heart to see her drink formula. Tak best dowh. Tapi apa aku bleh bwat. There's no other choice. Its better than no milk at all. Just few days ago, she wont drink formula milk at home. Dia hanya minum di nursery sahaja bile dia tau aku takde dan she has no access to boobs...(haha). Tapi beberapa hari kebelakanan ni.....dia minum botol bile aku suap! Allah, cam nak sujud syukur dah aku. Tapi tak sujud sbb aku dok pegang botol susu dia.. (pas dia abis minum, aku lupe dah....hehe). Tapi aku lega. Berkat doa...doa mak ni kan selalu makbul terutama jika ia demi kebaikan anak.

Dan aku jugak berjaya bersabar dan mengurangkan kemarahan. Ko tau la kan...pregnant ni penat. Bila ada anak kecil beronar....pergh....rasa hangin gile. Baru ni anak aku tanak pakai baju. Dia lari-lari sambil gelak-gelak tengok aku ikot dia soh pakai baju. Aku hangin terus marah dia. Pastu aku sedih gile. She obviously want to play with me je. Takkan nak main dengan mama dia pun taleh kan. Pastu aku berazam utk kontrol marah aku dlm segala hal. Pastu aku start doa....supaya aku diberikan kekuatan. Kekuatan fizikal, mental, kesabaran. Skang aku lebih tenang dan relax. Bile relax gini, aku rasa macam things are getting into place. Walaupun penat, aku telan. Aku rehat sikit, then aku telan semua. Layankan penat ni tak ke mana. Kerja rumah ada yang tetap kena buat. Bih sapa nak bwat kan? Takkan laki aku nak bwat sume. Anak aku beronar, aku cuba layan sebaik mungkin. Tak larat kalu, kalau abah dia ada aku terus pas kat abah dia. Kalau abah dia takde, aku cam marah dia sket pastu cuba alih perhatian dia plak.

Tell me....is that not hard work. Aku ada banyak kawan-kawan yang ada sorang anak kecik, with a new baby. And I like to ask them, how they handle it. Not easy. It takes hard work, and requires a good team work. A family is a team. It makes me respect all young working mothers nowadays.

We rule the world!  =)

Read more...

Tahun Baru.

>> Sunday 1 January 2012

Salam...bertemu lagi kite dalam post terbaru saya. huh....cam pengacara nona tak...hehe

Dah new year 2012. 2011 is one hell of a year! I mean year 2011 is one year that keeps me running. A very demanding year, physically, mentally...and a year that demands a lot of attention, time and patience.

Kalau masuk new year, orang selalu buat azam baru kan. Ada orang kata, apsal nak kena tahun baru barulah kite nak berazam? Sebenarnye tak semestinya tahun baru pun kan. Kau tengah melepas dalam jamban pun boleh buat azam. Dah tahun baru, kite mungkin fikir nak start on a clean slate, omputih kata. Aku pun sama lah kan....

Antara bende yang aku nak usahakan ialah...

- aku nak beribadat lebih.
- aku nak tunjuk contoh yg baik kat anak
- aku nak sedekah lebih
- aku nak lebih bersabar dan kontrol marah.
- aku nak cari jalan untuk mengembangkan diri.
- lebih organize untuk ada lebih masa untuk diri sendiri (sambung hobi-hobi aku yg lama sangat tergendala)
- nak lebih-lebih berbakti lagi kat parents.
- nak lebih masa dengan hasben i...

Itu antara benda yang aku terfikir. Dah lama fikir. Tp aku tidak di jumpstart kan lagi. Konon new year ni nak jumpstart la kan. Ada orang takot nak share resolution ni. Takot orang nampak yg kite tak ikot. Alaa...kalo aku tak ikot pun....lepak aaa...hehe.

Untuk orang cina, tahun baru ni tahun naga. Manyak ongg wooo. Kawan cina aku cakap, cina sume berpusu-pusu untuk beranak tahun baru ni. Tak kisah la tu. Another year gone by. New one is up. Its up to us to bring the best in every year.

InsyaAllah la....ni semua plan sahaja kan. Kite cuba...

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP