Australian Open.

>> Monday 30 January 2012

woot-woot.....

same old face, this blog. nanti2 la aku tuka.

anyway, Australian Open Grand Slam just finished last nite. finished with an over 5 hours match between Rafael Nadal and Novac Djikovic. Between a Spaniard and Serb. tennis is a one man show. and to think they run around the court for 5 hours....phew....it takes the stamina of a horse tu do that. aku tgk dedua ekor kuda tu cam nak pengsan dah masa nak amik trophy.

Women's final doesnt interest me that much. never a fan of sharapova. and she plays azarenka...bagus juga azarenka sebelum ni. tp bukan final yang menarik.

Tennis has always been the family sport in my family. every Grand Slam kitroang akan tgk and discuss. i can safely say, everyone in the family plays tennis. sampai uncles aku pun...semua main. even my mom. tp dia hanya akan amik bola yg dia boleh amik. takder der main lari2....kau gile. tp dia dalam 4 , 5 thn ni tak main dah....dia sakit lutut. Bapak aku sakit lutut gak....tp org laki ni kan....boys will always be boys....they want to play their game. masa main tak sakit. lepas main kena merangkak nak naik tangga.

federer is not number1 anymore for these recent years. djoko is the first. tp aku tak suke dia. aku tatau...mungkin ada sentimen agama dan perkauman. dia serbia dowwhhh! and kim clijsters, my fave woman's player....only got to quarter final. ahh....only 1 more step to final and she was out. thats already cool...when i think she's the only woman with a family playing tennis in the grand slam. yg lain sume muda remaja.

Anyway, until the next grand slam.

Read more...

Kena tukau dah niii....

>> Wednesday 25 January 2012

As-Salam...


My blog has the same face for few years dah kan. Its getting boring and outdated.


Laki aku dah komplen, gamba takde tudung kat blog tu tukar lerrr.....katenye...hehe.


Kita nak tuka blog kena la ada bahan dan material yang best. Aku nak cak cari dulu gamba yang cantik dan relevan sket utk letak tepi2 tu. Cari header cantik sket. Cari taglina cool sket. Pasti letak theme ke....hahaha. Beriye kan...ekeke. Eh musti....kita kan manusia suke melihat yang cantik2. Nak berupe cantik mmg kena beriye sket.


Aku takde per nak tulis pun...takde material nak tulis. Nanti2 la aku update leklok...


Ciao...

Read more...

Sembang-sembang pempuan...

>> Monday 9 January 2012

Salam All...

Aku rasa aku dah dalam 11, 12 minggu pregnant ni. Tapi tak sempat jumpe doctor. Ada hari tu jumpe first time masa around 6 weeks......terus scan. Terus can see something blipping....thats the heart, already functioning.

Bende yang aku paling concern dgn pregnant and brestfeeding (aynur dan combine dengan formula milk dah) at the same time is diet and nutrition. Aku cukup risau ketiga-tiga orang yang aku kena jaga ni tak cukup khasiat. Khasiat-khasiat yang awal ni sangat la penting untuk tentukan kecerdikan mereka kelak. Ketiga-tiga orang yg aku maksudkan is Aku, Aynur and Baby. Aku takpe la....aku dah tua bangka. Tapi budak 2 orang ni la. Aynur for me is growing beautifully. Aku kena jaga pemakanan and stimulation dia baik-baik. Yang adik ni la....aku risau tak cukup. Aku kena research banyak-banyak lagi la.

Aynur plak...syukur dia minum susu formula dah. Tp secretly it breaks my heart to see her drink formula. Tak best dowh. Tapi apa aku bleh bwat. There's no other choice. Its better than no milk at all. Just few days ago, she wont drink formula milk at home. Dia hanya minum di nursery sahaja bile dia tau aku takde dan she has no access to boobs...(haha). Tapi beberapa hari kebelakanan ni.....dia minum botol bile aku suap! Allah, cam nak sujud syukur dah aku. Tapi tak sujud sbb aku dok pegang botol susu dia.. (pas dia abis minum, aku lupe dah....hehe). Tapi aku lega. Berkat doa...doa mak ni kan selalu makbul terutama jika ia demi kebaikan anak.

Dan aku jugak berjaya bersabar dan mengurangkan kemarahan. Ko tau la kan...pregnant ni penat. Bila ada anak kecil beronar....pergh....rasa hangin gile. Baru ni anak aku tanak pakai baju. Dia lari-lari sambil gelak-gelak tengok aku ikot dia soh pakai baju. Aku hangin terus marah dia. Pastu aku sedih gile. She obviously want to play with me je. Takkan nak main dengan mama dia pun taleh kan. Pastu aku berazam utk kontrol marah aku dlm segala hal. Pastu aku start doa....supaya aku diberikan kekuatan. Kekuatan fizikal, mental, kesabaran. Skang aku lebih tenang dan relax. Bile relax gini, aku rasa macam things are getting into place. Walaupun penat, aku telan. Aku rehat sikit, then aku telan semua. Layankan penat ni tak ke mana. Kerja rumah ada yang tetap kena buat. Bih sapa nak bwat kan? Takkan laki aku nak bwat sume. Anak aku beronar, aku cuba layan sebaik mungkin. Tak larat kalu, kalau abah dia ada aku terus pas kat abah dia. Kalau abah dia takde, aku cam marah dia sket pastu cuba alih perhatian dia plak.

Tell me....is that not hard work. Aku ada banyak kawan-kawan yang ada sorang anak kecik, with a new baby. And I like to ask them, how they handle it. Not easy. It takes hard work, and requires a good team work. A family is a team. It makes me respect all young working mothers nowadays.

We rule the world!  =)

Read more...

Tahun Baru.

>> Sunday 1 January 2012

Salam...bertemu lagi kite dalam post terbaru saya. huh....cam pengacara nona tak...hehe

Dah new year 2012. 2011 is one hell of a year! I mean year 2011 is one year that keeps me running. A very demanding year, physically, mentally...and a year that demands a lot of attention, time and patience.

Kalau masuk new year, orang selalu buat azam baru kan. Ada orang kata, apsal nak kena tahun baru barulah kite nak berazam? Sebenarnye tak semestinya tahun baru pun kan. Kau tengah melepas dalam jamban pun boleh buat azam. Dah tahun baru, kite mungkin fikir nak start on a clean slate, omputih kata. Aku pun sama lah kan....

Antara bende yang aku nak usahakan ialah...

- aku nak beribadat lebih.
- aku nak tunjuk contoh yg baik kat anak
- aku nak sedekah lebih
- aku nak lebih bersabar dan kontrol marah.
- aku nak cari jalan untuk mengembangkan diri.
- lebih organize untuk ada lebih masa untuk diri sendiri (sambung hobi-hobi aku yg lama sangat tergendala)
- nak lebih-lebih berbakti lagi kat parents.
- nak lebih masa dengan hasben i...

Itu antara benda yang aku terfikir. Dah lama fikir. Tp aku tidak di jumpstart kan lagi. Konon new year ni nak jumpstart la kan. Ada orang takot nak share resolution ni. Takot orang nampak yg kite tak ikot. Alaa...kalo aku tak ikot pun....lepak aaa...hehe.

Untuk orang cina, tahun baru ni tahun naga. Manyak ongg wooo. Kawan cina aku cakap, cina sume berpusu-pusu untuk beranak tahun baru ni. Tak kisah la tu. Another year gone by. New one is up. Its up to us to bring the best in every year.

InsyaAllah la....ni semua plan sahaja kan. Kite cuba...

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP