Hidup...
>> Thursday, 10 May 2012
Aku selalu pergi page Dr. Asri, bekas mufti perlis tu. Dia juga dikenali sebagai Dr MAZA. Page dia, Minda Tajdid memang aku selalu visit weekly. Bagi aku tulisan dia sangat membuka minda, in Islamic way. Dia memang mengupas pape issue dengan minda yg luas....dan aku selalu puas baca tulisan dia.
Tapi tu bagi aku la. Orang lain banyak tak suke dia. Kata dia sekular. Tapi at the same time, ramai orang salah paham ape dia tulis. Lalu teruslah dia digelar sekular. Ramai org tak reti men-digest dakwah dia. Tak kisah lah. Gelar menggelar ni biasa. Dia pun tak heran. Tulisan dia tetap dibaca ribuan orang.
Oh, aku bercakap pasal Dr. MAZA dan Minda Tajdid sebab aku nak petik kata-kata dari page dia. Kata-kata ni pulak dia ambil dari seorang pejuang Islam di Mesir pada tahun 50-an, 60-an, Sayyid Qutb. Sayyid Qutb ni dah takde. Dia digantung. Aku tak minat sangat sejarah Sayyid Qutb ni, tapi aku suka dengan kata-kata yang aku nak petik ni.
Sayyid Qutb kata;
Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad. Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu idea (i'd like to think - atau hidup untuk orang-orang yang memerlukan dan menyayangi kita) maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..”
Dalam petikan ni, i'd like to think....hidup untuk orang-orang yang memerlukan kita. Kite memang hidup untuk diri sendiri. Kite perlu menjaga dan membahagiakan diri.
Tapi hidup dengan anak-anak, dengan suami, dengan keluarga besar kite...itu adalah sangat bermakna, kan? Knowing that your child is waiting for you everyday and smiling so wide and running towards you when you pick them up after work. Knowing that someone is missing you always. Knowing that when we are not in this world anymore, you have your precious legacy, saying their prayers for you.... Ameen.
I know i wont be writing during mother's day. Sebab weekend la aku bz sket.
So this is an advance happy mother's day to every mother....you deserve all the kisses on the cheeks and the most delicious and expensive chocolate cake in town...ekekek.
Later.
0 Your2Cents:
Post a Comment