After a few months...
>> Monday, 13 December 2010
Hola....

Hola....

Hello all....
Aku dah beranak...kehkehkeh. Aku dah beranak! Meh aku cerita sikit...sementara masih fresh ni kan. Aynur Khalesya bt Ahmad Khairudin lahir pada hari Selasa, 17/8/2010 pukul 6.20 petang. Bersamaan 8 Ramadhan.....errrr....bape hijrah ntah. Ampeh aku tatau....huhuuh. Dia lahir di-induced, kuar secara normal dengan berat 3.15kg. Anyway hari tu ialah sehari sebelum due date. Aku boleh kata la, lahirnya Aynur ni....macam accidentally induced....hehe.
Aku masa tu dah restless. 40 weeks takda sign apa-apa lagi. Aku nak baby keluar awal. Tapi nampaknya badan aku sama blur dengan tuan dia gak...no sign of labour. Badan aku cam tak ready je. Aku punya la berjalan, buat kerja rumah semua. Jalan-jalan kat shopping complex. Mana ada aku rehat-rehat. Nak kasi dilate cervix ni. Semayang terawikh tak main ler duduk-duduk. Aku semayang cam biasa ok. Berat yang amat. Nak tertanggal lutut aku nih. Nak kasi up chance for dilation punya pasal. Pastu doktor kata have sex, it can help dilate....ha, jalan! Tapi huh, takde derrr dia nak dilate. Takda contraction pun, no show at all. Doktor plak sejak 3 minggu lepas tu manjang je nak induce aku...aku pun tak paham. Dia kata baby punya size dah cantik...dia takut besar sangat. Mungkin dia tengok hips aku kecik kot. Dia kata nanti kepala baby keras susah nak kuar. Tapi dia kata its up to me, wanna wait or induce. Aku kalau boleh nak tunggu normal betul-betul. Tuh la usaha keras tu. Takot induce kalu, tak bukak jalan, memang kena belah la kan...akak nak elakkan benda tu dek non!
That day suppose to be another usual checkup for me. Doktor mula-mula seluk, check dilation. Dia geleng-geleng....takda progress yang banyak, dia kata. Pastu dia gi mana tah, aku nampak dia cakap-cakap dengan nurse dia....pastu dia datang seluk lagi second time. Then dia kata "Dah!". Aku tanye apa yang dah? Doktor cakap dah induce. Astaga...doktor telah menyumbatkan ubat contraction ke dalam ituuu secara diskrit sekali. Ish...aku saman jugak doktor ni kang. Nasib baik doktor ni best and aku kira bagus gak la....and nasib baik all went well. Kira cita-cita dia nak induce aku tercapai la gak...haha.
Well, that was at around 10.20 am. Doktor suruh dok dendiam selama sejam. So aku pun dok ler....baring atas katil sambil cuak va-jj aku taknak bukak kang. 20 minit pastu, aku dah rasa contraction....tapi tak sakit. Aku bleh tahan je. Oleh sebab doktor cakap dok diam selama sejam, lepas je sejam aku selamba tukar kain batik dan lompat turun katil. Bergerak semasa contraction (swinging your hips) adalah sangat membantu meringankan kesakitan dan menolong dilation. So aku jalan-jalan dalam bilik labour tu, amik gambar, then kuar ke bilik menunggu jumpa mak and adik aku yang tengah tunggu aku. Then tunggu Din gi belikan GCB McD kat aku....GCB was my lunch that day...hehe. I was surpsisingly calm (but nervous). Maybe i was calm because i feel its inevitable...aku tak boleh lari lagi dah. Its happening by hook or by crook.
By 2 pm, doktor masuk balik, check dilation. Ada progress...lega. Doktor pun pecahkan amniotic sac atau dalam bahasa Melayunya sarung ketuban...hehe. Rasa panas je air tu kuar. Habis basah atas katil. Darn...cam terkencing atas katil plak rasa. Pastu dia tuka pelapik atas katil tuh. Lepas pecah tu, contraction pick up dengan hebat dan aku mula rasa sakit....tapi tahan. Sikit je. Masa tu memang dah atas katil la. Tak leh turun dah....takkan nak kasi air ketuban meleleh menceceh-ceceh atas lantai kan. Dalam setengah jam...ok, perut semakin lenguh....semakin memulas. Boleh tahan lagi dalam 5 cm bukak tu. Din tanye, nak epidural ke. Aku kata tak payah (lagi) (tak payah lagi). Mana tau bleh tahan kan...hehe. Masa tu aku belasah gas mamai tu. Its called etonox. Some gas, mixed with oxygen. Ada class siot gas tu. Gas tu gunanya untuk relaxkan kita. Tapi memang ada kelas. Mula-mula tak rasa apa-apa. Lama-lama kepala aku jadi ringan gila. Mata aku tak boleh fokus apa-apa pun. Dalam erti kata lain, aku high. Semua benda aku nampak ada 2, 3. Jam kat diding tu cam menari beramai-ramai. Mana nak cari gas tu. Aku nak carik aa satu tong. Bawak balik. Boleh high kat umah.
Mula-mula gas tu mmg menolong aku relax. Addicted sial. Aku nak cari setong nih. Anyway, gas tu menolong masa mula-mula la kan. Pastu aku rasa badan aku panas berbahang. Macam aircond rosak je kan. Aku dah rasa berpeluh. Ok, contraction start picking up. Makin kerap dan makin sakit. Etonox mula menjadi useless sedikit demi sedikit. Etonox, you failed me! But still aku nak cari setong, atau dua tong. Aku dah genggam handle katil kiri kanan. Doctor masuk lagi, check dilation cervix. Dah terbukak lagi. Masa tu semue benda tak kena dah...aku dah campak mask etonox tu, dengan aircondnya tak berfungsi, kejap aku pegang Din, kejap aku marah tolak dia ape sume...tp dia tetap di sisi aku. Tak pernah tinggal....hehe.
Masa tu aku kata nak epidural. Nurse tu masuk kata tak payah la. Dah lewat nak epidural. Sayang je cucuk skang. Patut cucuk awal-awal lagi. Pastu contraction datang lagi. Woh, gila! Aku cakap aku nak epidural. Nurse tu pujuk lagi....kata tak payah. Wakluu la nurse...aku sakit nih (kata dalam hati). Contaction datang lagi dan lagi. Terus la aku meraung-raung nak epidural. Aku jadi sedih and frust plak kenapa diorang tanak kasi aku epidural. Apa salah aku!
'Nak epidural....kenapa dioarg tanak kasi epidural. Panggil doktor cepat....nak epidural!', gitu la aku dok meraung.
I think that was around 5pm lebih kot. Masa tu aku tak kira apa dah. Aku jerit je. Sakit gaban. Rasa seperti period pain kali sejuta. Ok, sejuta mungkin terlalu banyak. Seperti period pain kali lima ratus ribu. Sape yang tatau rasa sakit dia, you're in no position to judge me screaming....haha. Rupenya doctor anaesthetic dalam operation room. Patut la lambat. Pastu tengok dia terkocoh-kocoh masuk. Sekonyong-konyong, nampak doktor india tu seperti seorang yang paling hebat dalam bilik tu. Kitorang sume tunggu sampai the current contraction berlalu, pastu dia cepat-cepat cucuk tulang belakang aku at the 4th lumbar. Cant cucuk epidural masa contraction and surprisingly tak rasa apa...contraction lagi sakit. Dia cucuk tu rasa sekelumit je. Immeidately my pain was cut off 40%. Amazing. Thank god for epidural. Then gradually lessen and lessen til i cant feel the pain. Then pastu, tunggu dilation bukak sikit lagi....
Orang kata, pakai epidural susah pulak sebab tak rasa contraction and tak boleh rasa nak teran. Kena forsep la, vaccuum la, atau last-last kena belah gak. Tapi aku rasa tak la sampai camtu. Cos you can actually feel the contraction. Cuma tak sakit. And doktor pun boleh rasa/nampak contraction coming. So now that i have my epidural, im more relax. Doktor pun dengan tenangnye cakap, 'farin, contraction coming. Take a deep breath, push until 10". So aku pun teran la sampai 10 saat. The thing is, memang tak rasa ko teran tu. Part tu la orang kata susah tu kot. Aku buat je motion teran tu kuat-kuat. Bayangkan ko sembelit and nak push poop ko yang besar batu (atau bayangkan nak push baby pun boleh...huhuuh). Nasib baik energy aku banyak lagi time tu. Dah makan GCB dengan air milo kan sebelum tu....haha. Strategi sebenarnye tu. Strategy for energy.
Bila dah keluar kepala baby tu, doktor kilas bahu baby, terus tarik the whole badan baby. Then....bam! doctor letak baby atas badan aku. Aku boleh nampak baby yg masih biru, berlendir-lendir lagi atas perut aku. Depan mata aku diorg sumbat tube dalam hidung baby untuk buat suction clearkan lendir dalam paru-paru baby. Tercekik-cekik Aynur aku tengok....hehe. Haha....i just delivered my baby. Im so cool! (perasaan pada diri sendiri....padahal sume pempuan pun beranak kot). That was at 6.20 pm. I cant really tell the chronology with exact time in between before the birth. Aku tengah risau dan sakit. Aku tak sure plak bila aku start meneran ke ape. Tapi yang aku tau, tak lama.
Parents aku first datang melawat. Diorg masuk dalam labour room terus. Then aku pun masuk ward. Aku rasa gila panas. Padahal suhu dalam bilik tu aku turunkan sampai 10 celcius ok! Aku tetap rasa panas berbahang-bahang. Din dengan nurse dah terketar-ketar sejuk. Ntah, peluh and bahang tu cam kuat gile, lambat plak tu hilang. Sampai ke malam tu aku kepanasan. Padahal aircond jalan je. Then people start coming in...tgk Aynur. Esok petang tu, sudah balik rumah. Aku punya stitches sikit je. Doktor kata 1.5 cm je koyak. Cepat jer aku sembuh.
I consider myself having an easy delievery, syukur pada Tuhan. Aku sakit lebih kurang selama 2 jam gitu je. 3 jam la paling lama, sebelum dapat epidural tu. Pastu the labour process pun sekejap. Berkat doa parents aku yang semayang hajat selalu untuk aku. Berkat doa adik beradik. Berkat semayang hajat dan doa auntie dan uncle aku...berkat doa suami aku. Doa aku sendiri di bulan Ramadhan. Next pregnancy and delivery.....siapa yang tahu....huhuuh.
Skang Aynur dah sebulan 6 hari. Berat dia dah naik 1.5 kg in 1 month. Gilos...aku tak larat nak angkat...help! She's enjoying life already!...hehe (berserta colic, menangis malam-malam, kembung perut, muntah-muntah dan berbau hamis akibat muntah...the usual stuff =D). Aku punya weight dah turun asal. Breastfeeding and penat menjaga Aynur punya pasal (goodbye long sleep at night). Tapi muscle mass still low. That means berat aku skang still bukan berat asal aku, walaupun dah turun asal....haha...paham tak? Understand the konsep of weight and muscle mass and you know what i mean. Have to rebuild my muscle...
(No....Ramadhani is never is my baby name list)
Til next time....
Ramadhan yang best sudah datang. Nothing beats eating good food together after a long day of empty stomach. Not forgetting sembahyang terawikh yang sebenarnye amat baik untuk menolong perut mencerna makanan.
Tapi aku tahun ni tak kuat la. Ingatkan tahun ni first time puasa dengan suami kan. Boleh masak kat dia, buka puasa sama-sama. Atau gi cari tempat best nak berbuka. Lepas tu pergi sembahyang terawikh sama-sama. Tapi tak dapek la. Skang sempat la lagi nak puasa. Tapi kalau aku puasa, mula la aku terfikir....baby cukup air ke ni. Tiba-tiba pulak dia sedu kan. Selalu baby hiccup kalau aku tak cukup air. Aih....sedikit susah hati la kan. Tapi aku puasa jugak. Bila aku rasa cam takut tak cukup air, kang heartbeat dia naik lagi....aku berbuka la (oh hari tu heartbeat dia naik...doc suspect heartbeat dia tinggi tu sebab temperature aku naik sikit, 37.4 je pun). Nak sembahyang terawikh pun aku mungkin tak cukup kuat. Tapi memang aku paksakan jugak la...takde la aku nak manjakan diri sangat. Pastu nanti nak beranak....memang sepanjang Ramadhan la kan aku berpantang.
C'mon Farin....c'mon! Redah je...! Cabaran sungguh. Bayangkan banyak mana aku kena ganti ni. Nak ganti 8 hari dalam setahun pun kemain payah. Ni nak ganti sampai sebulan.
I'm actually restless. Not good Farin....not good. Anxious. In agony. Aku nak masuk labour! But labour will not start on a stressed out body. Not good for me, not good for baby. Baby will come out unhappy if im too stressed and to forcefull... I'm in the 39th week today. Why i'm stressed? I want baby to get out now....hahaha. I have dilation, but i dont feel any contraction. No painful contraction. Everytime perut mengeras, im hoping it would progress to be painful. But no....not painful. Means no labour....yet.
Why i need baby to come out now?.....well....i dont have a good reason actually. Selain sebab tidak sabar, dan sedikit penat. Badan aku sakit-sakit. Lutut, tapak kaki, peha, crotch....arghh. Selfish reason maybe? Maybe so....haha. Aku ada terfikir nak induce....tapi mak aku cakap tak payah. Due pun belum kenapa nak kecoh, dia kata. Nak bwat ape kan, dia kata. My condition is fine. Blood pressure aku ok, gula dalam darah ok, heartrate baby ok, movement baby ok...contraction je kureng. Kena tunggu sikit lagi. It will happen eventually.....they say. Because baby will come out when she's ready...and also when my body's ready.
People say first time pregnancy tend to be late babies. But there are some people who naturally go to labour early for first babies. Ahh....untung mereka. Orang kata baby lambat ni baby laki, because guys are naturally pemalas sikit kan. Ada orang kata, baby lambat ni girl....tau la, girls kan ada je bendenye yg buat lambat. Heheheh...sampai skang aku memang tak tahu gender sebenar dia la. I never think about the gender since im 7 months pregnant.
This makes me a bit grumpy too. Orang pregnant kadang-kadang memang senang marah kan. Aku tidak la camtu, tapi kalau orang tu memang sengaja lagi bwat aku marah, dia memang kena sound la kan.
Hari tu aku kat Giant, alone. Din belum balik keje lagi masa tu. Aku beli groceries sikit. Boleh la exercise sket kan....jalan-jalan. Keluar je dari Giant, aku carry la semua plastic bag tu. Malas pulak nak heret trolley ke kereta kan. Plastik tu pulak boleh tahan la berat. Aku pun jalan la nak kuar. Tiba-tiba ada orang insurance stop aku, suruh beli insurans untuk baby. Aku kata takpe, taknak....aku cakap elok-elok. Pastu dia ikut aku, dia kata "tunggu dulu kak, kak kena dengar ni dulu". Aku kata "takpe mekasih, saya tak mahu". Pastu believe it or not....dia tak putus asa okaaayyy, still trying to stop me. Pastu memang aku stop la kan. Aku tengok muka dia siap dengan berkerut-kerut muka aku, seraya aku berkata, "eh, saya penat ni tau tak".
'ok kak, sori kak,' dia kata sambil angkat tangan kat aku.
Tu aku rasa memang carik pasal namanya. Aku dah cakap elok-elok awal-awal....siap dengan senyuman manis lagi. Nak main-main pulak ehh dengan aku....hahaha. Grumpy ke tidak?
Hahaha....i hope my next post will be different. I hope my next post will be very different.
The other day. Baby gave me a scare.
Baby didnt move. Baby is usually very active in the morning. Full of energy. Baby will wake up really early, pastu dia buat kalut ribut dalam perut aku...hahaha. Aku pun akan terbangun and layan dia kejap. Pergi breakfast, then dia golek-golek, push-push lagik, then dia akan rilek (tido la kot) kejap. Lunch time dia bgn, demanding for food....tadak food, dia buat kalut lagi....hehe.
Hari tu, aku bangun as usual....but its weird, because baby tak gerak. Hhmm....ok, takpe. Aku pun makan pagi, expecting baby to move after food come down. Hhhmmmm.....tak gerak. Aku sedikit panik. Aku pun ketuk-ketuk sket perut....hhhhmmmmmm.....tak gerak gak. Aku tunggu jap sebelum panik tahap gaban menjelma. Tunggu dalam 45 minit. Then aku ketuk and goyang-goyang perut dengan lebih ganas....hhhhhhhhmmmmmmmmmm.....tak gerak juga yer. Alarm is already ringing in my head. Immediately aku kejut din, gi buat CTG (cardiotocograph - check heart beat baby and my contraction) kat spital. Thank the holly Allah, heartbeat still as strong as ever. Later after almost at lunch, baru dia active. Thank god thank god thank god.....
Its a horrible moment for me that time. Nangis? Toksah cakap la....tapi aku tak nangis depan Din. Aku tanak dia pun panik. Sementara aku tunggu Din mandi tu, memang aku doa and nangis tak sudah la. Din kuar je cepat-cepat aku lap air mata and we go straight away to DEMC. Baby bwat camni kat aku 2 kali sepanjang pregnancy ni. Dulu sekali masa 6 bulan...dia bertapa tak gerak. Aku panik gile babun....pastu time-time panik tu aku pi bedal banyak gile ceklet....pastu dan-dan dia gerak. Ha, kamu suke ceklet yer baby? The second time is few days ago ni la....horrible moment. I was begging God and baby not to do this to me....it feels almost like being dump (aku dengan Din dulu pernah ada problem kejap where i was dumped....uh'huh, by him. the feelings is almost the same, just this is more horrible.)
I ask baby, why he do like that. Why did he (or she) scare the life out of me...
"Kenapa mama? Mama jangan la takot. I'm stwong, you see. Baby kan selalu push mama kuat-kuat. Im a stwong baby!"
"habis tu kenapa tak gerak-gerak mama goyang?"
"i was busy counting my fingers ma. abah kan selalu ajar baby kire."
Aihh....budak ni. Hehehhe.....anyway, i always have conversation like this with baby....ekekkee. I predicted that i will give birth by this week. Kalau semua ready, InsyaAllah. I already have dilation. We'll see....
© Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP