Apa yang aku NAK.

>> Thursday 25 April 2013

Maaf jika ada benci politik (atas sebab2 yg tidak diketahui mengapa), tapi saya ni nak mengepost sesuatu yg berbaur politik. Bukan politik sangat. Berbaur jek...well, actually bukan politik pun kot.

Sebab i wanna talk about what i want from the next government. Aku jenis manusia yg tak byk songeh. Aku tak mintak byk bende dalam dunia ni. Ko tanye Pakdin kalo tak caya....haha.

Sebenarnye, kalau la pemimpin tu gay ke, kaki pempuan ke, menyalahguna kuasa ke, kaki rasuah ke...selagi tak menyusahkan rakyat, aku kisah ape kan. Dia dan life dia. Tp dalam islam, kalau ko biarkan lelaki sebegitu menang, tanpa mengundi pihak yg lebih baik....ko dosa wey. Jadi kena ngundi. Ngundi tentukan siapa menang dan akan memerintah, dah macam mana life kita akan jadi. Macam mana sara-diri kita akan jadi. Money flow kita macam mana semua. National security macam mana. Pembangunan macam mana. Agama kita macam mana.

Aku ada la baca janji2 pembangkang skang ni. Bagus la kan. Tapi setakat kereta murah ape sume.....ntah bg aku tak penting sgt. Aku bukan nak tuka kete tetiap bulan. Aku pakai alza skang ni....cukup kot. (tp bile ada anak lg, pakdin cam nak beli kereta/bas je ni). Ade few things tu, bkn bende priority untuk setiap orang.

Apa yang aku rasa kena lebihkan ialah;

1) kawal kemasukan pekerja asing. masukkan diorg utk keje2 yg betul2 perlu je. tawar keje kat org tempatan gak. (dgn syarat org tempatan tak memilih sgt aa...aih). Kawal kemasukan bangla, indon, myanmar ape sume tu. Jangan la bagi org tempatan rasa tergugat dengan keselamatan di negara sendiri. And jgn la dok bagi IC, bodo!! Penduduk tempatan rasa menyampah tgk diorg ramai cam ape. Kalau kena bawak masuk, kena bwat rules. Any foreigner seen after 9.30 pm, kena tido jail. Haaa...gitu. Student foreigner pun sama jer aa. Student negro2 tu....ingat diorg baik sgt ke. Yang jahat tu mmg jahat aa kan. Kena buat rules ketat kat diorg.

2) Ketatkan peraturan imigresen untuk kemasukan org ke Malaysia. Aku pi London, Paris sume....ketat wey check in nak masuk border diorg. Abang aku kena bukak kasut, bukak tali pinggang, bukak cap, kena raba lagi....dia kena minum air dalam botol susu anak dia. (diorg takot cecair letupan). Itu check fizikal baru. Belum tanye soalan2 lain lagi. Aku pun dia tanye macam2. Muka serious bengis je cam nak makan org (tapi suara professional dan baik actually). Pastu anjing dok jaga kat mana2 nak hidu dadah. Aku tak kisah semua tu. Dia nak jaga negara wey. Tidak la sesenang nak bg org luar masuk bawak macam2, cam org imigresen Mesia. Yang diorg tau....sengih2, "Selamat Datang"...bum! chop pasport, kasi masuk. Thats it?! C'mon, you gotta torture that American a bit. No fun!

3) Tolong perbetulkan pengangkutan awam. Negara2 maju, penduduknya takde kereta. They rely on public transport. Or they rely on their own two feet (berjalan la. tapi diorg senang aa....negara tak panas dowh. siapa yg rela berjalan kaki kat Malaysia ni). Tapi part public transport tu....tu kena jaga aa. Komuter kena tepat masanya. Kena banyak dan dgn jadual yg teratur. Pastu semua light train pun kena banyak dan station kena letak strategik sikit. Dekat kawasan Shah Alam mana ada train wey. Takde train lalu kawasan strategic Shah Alam. Yang ada sek bape belas ntah and Batu Tiga lalu. Tu pun kena seberang hiway ape sume. Padahal Shah Alam dah nak padat dah ni. Kena ada light train dah. Dengan student ape sume. Yg dia bwat, kat tempat cina yg kaya. Teksi2 pun...kena selesa. Kena ikhlas. Bila pengangkutan awam beroperasi dengan cantik, alahai, aku pun bleh naik wey.....tadak hal. Bile pengangkutan awam cantik, org pun blh tangguh beli kete.

4) PTPTN.....bunga jgn la terlalu mahal. Aku tak kisah dia tak kasi pendidikan percuma. Biar budak2 yg belajar ni tau sayang duit. Pendidikan percuma aku rasa lg bahaya pada sahsiah pelajar. Dia blh belajar sambil lewa.....free kan. Membazir duit lagi ada aa. Kalo kena bayar lain sikit wey. Dia tau duit dia flow. Duit mak bapak flow. Aku even actually tak sejutu ptptn free. Bg aku pendidikan free...cam, ntah....mampu ke kite? Dan tidak begitu bijak. Macam la kite kaya bebenor. Kalau bilik darjah nak belajar cam sekolah rendah blh aa. Ni komputer nak yg latest, nak universiti yg besar2 modern. Syllabus nak belajar bende technology yg latest. Aku rasa pendidikan tak perlu percuma. Cuma...tolong rendahkan bunga pinjaman tu. Tak payah ada bunga pun takpe. Riba kan...so just bayar exactly bape dia pinjam. Kalo pointer tinggi, kasi free, cam skang. Atau ada organization yg kasi biasiswa utk budak cemerlang, cam skang (walaupun susah gile nak dpt dah skang).

5) Pemimpin yang ikhlas dan jujur. Tolong manage duit rakyat dengan betul. Bila manage betul2, tak la membebankan rakyat kot. Ni sume makin mahal. Gaji pun sama naik lain aa kan. Kalau la betul menteri ni dok pakai duit aku gi bercuti main salji, pastu bini dia pi beli cincin juta2....eii, nyirap gak aku. Kalau la duit zakat yg aku dok bayar diselewengkan...aku tak halalkan la. Duit tu mmg aku bg dengan harapan dapat menolong org susah. Ni aku byk baca, org2 susah banyak di-denykan bantuan. Masuk paper baru terhegeh2 bagi. Macam birokrasi gile babi. Kalau la duit bonus husband aku sampai dekat 10k dia amik tax, bwat joli dia...kejadahnya! Byk tu. Kalau la, dia tak amik duit rakyat pun, tp dia pi pakai duit yg dapat dari tempat lain....di mana duit itu blh digunakan untuk kesenangan rakyat (it means bukan duit diorg pon). Bile diorg pakai habis bersenang lenang, rakyat lak jd susah...minyak naik, harga barang naik. Ko marah tak. Aku ada gak aa rasa hangin. Dia dapat salji dalam hidung, kite punya harga minyak naik.

6) Bwat sesuatu yg drastik pasal security. Banyak cerita2 jenayah yg menakutkan aku. Aku rasa nak beli pistol dowh. Aku baru baca tadi kat Taipan Subang, ada laki jahat tu stop seorang pempuan yg tgh dukung anak pempuan dia. Dia nak budak tu. Ape kejadah! Waarrgghhh....aku stress baca cerita camtu. Maybe polis kena jaga lebih banyak ke. Atau...mana tau, dengan izin Allah nak tunjuk, jenayah berkurangan bile dikaitkan dengan point aku di bawah.

7) Hudud ni ulamak kata, kena dijalankan. Sebab ini cara undang2 islam. Kata negara islam kan. Kalo US takpe la tak jalankan hudud. Tapi ni negara islam. I rest my case aa. Bwat la kalau nak bwat. Tapi kena ikot jalan yg betul sebab bkn senang nak bwat hudud ni. Kena ada system baru l akot. Kena ada hakim2 yg tau hudud. i think kat peringkat pembelajaran law di universiti pun kena masuk hudud. Byk kena bwat. Panjang masanya. Tp takpe....biar kerajaan baru usahakan. Tanggungjawab mereka. Tapi rakyat kena diberitahu dan dieducate kan. Dan harapnye bukan hudud jer la jadi priority dalam agenda mereka.

8) Kerajaan yg telus. Like England, ratu England nak beli kapal layar juta2 ringgit. Itu pun diberitahu rakyat. Di mana rakyat bantah. Tak jadi ratu england nak beli ko! Telus. Rakyat tahu.

9) Pembangunan menyeluruh secara berterusan.

Ntah....bg aku tu la aku nak tgk. Aku akan mengundi. Sape yg menang, ini la yang aku harapkan. Mungkin ada lg yg aku lom terpk. Tp aku nak ada perubahan macam ni....

0 Your2Cents:

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP