Labour Story

>> Wednesday, 22 September 2010

Hello all....

Aku dah beranak...kehkehkeh. Aku dah beranak! Meh aku cerita sikit...sementara masih fresh ni kan. Aynur Khalesya bt Ahmad Khairudin lahir pada hari Selasa, 17/8/2010 pukul 6.20 petang. Bersamaan 8 Ramadhan.....errrr....bape hijrah ntah. Ampeh aku tatau....huhuuh. Dia lahir di-induced, kuar secara normal dengan berat 3.15kg. Anyway hari tu ialah sehari sebelum due date. Aku boleh kata la, lahirnya Aynur ni....macam accidentally induced....hehe.

Aku masa tu dah restless. 40 weeks takda sign apa-apa lagi. Aku nak baby keluar awal. Tapi nampaknya badan aku sama blur dengan tuan dia gak...no sign of labour. Badan aku cam tak ready je. Aku punya la berjalan, buat kerja rumah semua. Jalan-jalan kat shopping complex. Mana ada aku rehat-rehat. Nak kasi dilate cervix ni. Semayang terawikh tak main ler duduk-duduk. Aku semayang cam biasa ok. Berat yang amat. Nak tertanggal lutut aku nih. Nak kasi up chance for dilation punya pasal. Pastu doktor kata have sex, it can help dilate....ha, jalan! Tapi huh, takde derrr dia nak dilate. Takda contraction pun, no show at all. Doktor plak sejak 3 minggu lepas tu manjang je nak induce aku...aku pun tak paham. Dia kata baby punya size dah cantik...dia takut besar sangat. Mungkin dia tengok hips aku kecik kot. Dia kata nanti kepala baby keras susah nak kuar. Tapi dia kata its up to me, wanna wait or induce. Aku kalau boleh nak tunggu normal betul-betul. Tuh la usaha keras tu. Takot induce kalu, tak bukak jalan, memang kena belah la kan...akak nak elakkan benda tu dek non!

That day suppose to be another usual checkup for me. Doktor mula-mula seluk, check dilation. Dia geleng-geleng....takda progress yang banyak, dia kata. Pastu dia gi mana tah, aku nampak dia cakap-cakap dengan nurse dia....pastu dia datang seluk lagi second time. Then dia kata "Dah!". Aku tanye apa yang dah? Doktor cakap dah induce. Astaga...doktor telah menyumbatkan ubat contraction ke dalam ituuu secara diskrit sekali. Ish...aku saman jugak doktor ni kang. Nasib baik doktor ni best and aku kira bagus gak la....and nasib baik all went well. Kira cita-cita dia nak induce aku tercapai la gak...haha.

Well, that was at around 10.20 am. Doktor suruh dok dendiam selama sejam. So aku pun dok ler....baring atas katil sambil cuak va-jj aku taknak bukak kang. 20 minit pastu, aku dah rasa contraction....tapi tak sakit. Aku bleh tahan je. Oleh sebab doktor cakap dok diam selama sejam, lepas je sejam aku selamba tukar kain batik dan lompat turun katil. Bergerak semasa contraction (swinging your hips) adalah sangat membantu meringankan kesakitan dan menolong dilation. So aku jalan-jalan dalam bilik labour tu, amik gambar, then kuar ke bilik menunggu jumpa mak and adik aku yang tengah tunggu aku. Then tunggu Din gi belikan GCB McD kat aku....GCB was my lunch that day...hehe. I was surpsisingly calm (but nervous). Maybe i was calm because i feel its inevitable...aku tak boleh lari lagi dah. Its happening by hook or by crook.

By 2 pm, doktor masuk balik, check dilation. Ada progress...lega. Doktor pun pecahkan amniotic sac atau dalam bahasa Melayunya sarung ketuban...hehe. Rasa panas je air tu kuar. Habis basah atas katil. Darn...cam terkencing atas katil plak rasa. Pastu dia tuka pelapik atas katil tuh. Lepas pecah tu, contraction pick up dengan hebat dan aku mula rasa sakit....tapi tahan. Sikit je. Masa tu memang dah atas katil la. Tak leh turun dah....takkan nak kasi air ketuban meleleh menceceh-ceceh atas lantai kan. Dalam setengah jam...ok, perut semakin lenguh....semakin memulas. Boleh tahan lagi dalam 5 cm bukak tu. Din tanye, nak epidural ke. Aku kata tak payah (lagi) (tak payah lagi). Mana tau bleh tahan kan...hehe. Masa tu aku belasah gas mamai tu. Its called etonox. Some gas, mixed with oxygen. Ada class siot gas tu. Gas tu gunanya untuk relaxkan kita. Tapi memang ada kelas. Mula-mula tak rasa apa-apa. Lama-lama kepala aku jadi ringan gila. Mata aku tak boleh fokus apa-apa pun. Dalam erti kata lain, aku high. Semua benda aku nampak ada 2, 3. Jam kat diding tu cam menari beramai-ramai. Mana nak cari gas tu. Aku nak carik aa satu tong. Bawak balik. Boleh high kat umah.

Mula-mula gas tu mmg menolong aku relax. Addicted sial. Aku nak cari setong nih. Anyway, gas tu menolong masa mula-mula la kan. Pastu aku rasa badan aku panas berbahang. Macam aircond rosak je kan. Aku dah rasa berpeluh. Ok, contraction start picking up. Makin kerap dan makin sakit. Etonox mula menjadi useless sedikit demi sedikit. Etonox, you failed me! But still aku nak cari setong, atau dua tong. Aku dah genggam handle katil kiri kanan. Doctor masuk lagi, check dilation cervix. Dah terbukak lagi. Masa tu semue benda tak kena dah...aku dah campak mask etonox tu, dengan aircondnya tak berfungsi, kejap aku pegang Din, kejap aku marah tolak dia ape sume...tp dia tetap di sisi aku. Tak pernah tinggal....hehe.

Masa tu aku kata nak epidural. Nurse tu masuk kata tak payah la. Dah lewat nak epidural. Sayang je cucuk skang. Patut cucuk awal-awal lagi. Pastu contraction datang lagi. Woh, gila! Aku cakap aku nak epidural. Nurse tu pujuk lagi....kata tak payah. Wakluu la nurse...aku sakit nih (kata dalam hati). Contaction datang lagi dan lagi. Terus la aku meraung-raung nak epidural. Aku jadi sedih and frust plak kenapa diorang tanak kasi aku epidural. Apa salah aku!

'Nak epidural....kenapa dioarg tanak kasi epidural. Panggil doktor cepat....nak epidural!', gitu la aku dok meraung.

I think that was around 5pm lebih kot. Masa tu aku tak kira apa dah. Aku jerit je. Sakit gaban. Rasa seperti period pain kali sejuta. Ok, sejuta mungkin terlalu banyak. Seperti period pain kali lima ratus ribu. Sape yang tatau rasa sakit dia, you're in no position to judge me screaming....haha. Rupenya doctor anaesthetic dalam operation room. Patut la lambat. Pastu tengok dia terkocoh-kocoh masuk. Sekonyong-konyong, nampak doktor india tu seperti seorang yang paling hebat dalam bilik tu. Kitorang sume tunggu sampai the current contraction berlalu, pastu dia cepat-cepat cucuk tulang belakang aku at the 4th lumbar. Cant cucuk epidural masa contraction and surprisingly tak rasa apa...contraction lagi sakit. Dia cucuk tu rasa sekelumit je. Immeidately my pain was cut off 40%. Amazing. Thank god for epidural. Then gradually lessen and lessen til i cant feel the pain. Then pastu, tunggu dilation bukak sikit lagi....

Orang kata, pakai epidural susah pulak sebab tak rasa contraction and tak boleh rasa nak teran. Kena forsep la, vaccuum la, atau last-last kena belah gak. Tapi aku rasa tak la sampai camtu. Cos you can actually feel the contraction. Cuma tak sakit. And doktor pun boleh rasa/nampak contraction coming. So now that i have my epidural, im more relax. Doktor pun dengan tenangnye cakap, 'farin, contraction coming. Take a deep breath, push until 10". So aku pun teran la sampai 10 saat. The thing is, memang tak rasa ko teran tu. Part tu la orang kata susah tu kot. Aku buat je motion teran tu kuat-kuat. Bayangkan ko sembelit and nak push poop ko yang besar batu (atau bayangkan nak push baby pun boleh...huhuuh). Nasib baik energy aku banyak lagi time tu. Dah makan GCB dengan air milo kan sebelum tu....haha. Strategi sebenarnye tu. Strategy for energy.

Bila dah keluar kepala baby tu, doktor kilas bahu baby, terus tarik the whole badan baby. Then....bam! doctor letak baby atas badan aku. Aku boleh nampak baby yg masih biru, berlendir-lendir lagi atas perut aku. Depan mata aku diorg sumbat tube dalam hidung baby untuk buat suction clearkan lendir dalam paru-paru baby. Tercekik-cekik Aynur aku tengok....hehe. Haha....i just delivered my baby. Im so cool! (perasaan pada diri sendiri....padahal sume pempuan pun beranak kot). That was at 6.20 pm. I cant really tell the chronology with exact time in between before the birth. Aku tengah risau dan sakit. Aku tak sure plak bila aku start meneran ke ape. Tapi yang aku tau, tak lama.

Parents aku first datang melawat. Diorg masuk dalam labour room terus. Then aku pun masuk ward. Aku rasa gila panas. Padahal suhu dalam bilik tu aku turunkan sampai 10 celcius ok! Aku tetap rasa panas berbahang-bahang. Din dengan nurse dah terketar-ketar sejuk. Ntah, peluh and bahang tu cam kuat gile, lambat plak tu hilang. Sampai ke malam tu aku kepanasan. Padahal aircond jalan je. Then people start coming in...tgk Aynur. Esok petang tu, sudah balik rumah. Aku punya stitches sikit je. Doktor kata 1.5 cm je koyak. Cepat jer aku sembuh.

I consider myself having an easy delievery, syukur pada Tuhan. Aku sakit lebih kurang selama 2 jam gitu je. 3 jam la paling lama, sebelum dapat epidural tu. Pastu the labour process pun sekejap. Berkat doa parents aku yang semayang hajat selalu untuk aku. Berkat doa adik beradik. Berkat semayang hajat dan doa auntie dan uncle aku...berkat doa suami aku. Doa aku sendiri di bulan Ramadhan. Next pregnancy and delivery.....siapa yang tahu....huhuuh.

Skang Aynur dah sebulan 6 hari. Berat dia dah naik 1.5 kg in 1 month. Gilos...aku tak larat nak angkat...help! She's enjoying life already!...hehe (berserta colic, menangis malam-malam, kembung perut, muntah-muntah dan berbau hamis akibat muntah...the usual stuff =D). Aku punya weight dah turun asal. Breastfeeding and penat menjaga Aynur punya pasal (goodbye long sleep at night). Tapi muscle mass still low. That means berat aku skang still bukan berat asal aku, walaupun dah turun asal....haha...paham tak? Understand the konsep of weight and muscle mass and you know what i mean. Have to rebuild my muscle...

(No....Ramadhani is never is my baby name list)

Til next time....

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP