Tahun Baru.
>> Sunday, 1 January 2012
Salam...bertemu lagi kite dalam post terbaru saya. huh....cam pengacara nona tak...hehe
Dah new year 2012. 2011 is one hell of a year! I mean year 2011 is one year that keeps me running. A very demanding year, physically, mentally...and a year that demands a lot of attention, time and patience.
Kalau masuk new year, orang selalu buat azam baru kan. Ada orang kata, apsal nak kena tahun baru barulah kite nak berazam? Sebenarnye tak semestinya tahun baru pun kan. Kau tengah melepas dalam jamban pun boleh buat azam. Dah tahun baru, kite mungkin fikir nak start on a clean slate, omputih kata. Aku pun sama lah kan....
Antara bende yang aku nak usahakan ialah...
- aku nak beribadat lebih.
- aku nak tunjuk contoh yg baik kat anak
- aku nak sedekah lebih
- aku nak lebih bersabar dan kontrol marah.
- aku nak cari jalan untuk mengembangkan diri.
- lebih organize untuk ada lebih masa untuk diri sendiri (sambung hobi-hobi aku yg lama sangat tergendala)
- nak lebih-lebih berbakti lagi kat parents.
- nak lebih masa dengan hasben i...
Itu antara benda yang aku terfikir. Dah lama fikir. Tp aku tidak di jumpstart kan lagi. Konon new year ni nak jumpstart la kan. Ada orang takot nak share resolution ni. Takot orang nampak yg kite tak ikot. Alaa...kalo aku tak ikot pun....lepak aaa...hehe.
Untuk orang cina, tahun baru ni tahun naga. Manyak ongg wooo. Kawan cina aku cakap, cina sume berpusu-pusu untuk beranak tahun baru ni. Tak kisah la tu. Another year gone by. New one is up. Its up to us to bring the best in every year.
InsyaAllah la....ni semua plan sahaja kan. Kite cuba...
