Kim Clijsters

>> Wednesday, 2 February 2011

Hello....
Howow u? =D....teehee...

The other day, I watched Australian Open. Aku tengok sikit je. Dulu sume Grand Slam aku tengok. Roland Garros, Wimbledon, Australian Open, US open....semua aku tengok. Tapi sekarang aku tengok sipi-sipi je. Tapi aku tau la peberet aku main. Aku suka Kim Clijsters. Lama dah aku minat dia. Since dia muda single trangtangtang lagi. Aku suka sebab dia punya main smooth je. Swing dia smooth and clean gitu. Badan dia pulak cam sangat ringan masa main (dulu la...skang masa main dia tak nampak ringan cam dulu dah). And she play things cool. Takde marah-marah, takde bunyi-bunyian yang annoying. Takda swing yang gaban laju ke ape. Semue relax and placing cantik.

Dia menang Australian Open pempuan. Aku gembira la kan. And amused too. She is married. Has a family. Has a baby (dah toddler kot anak dia). She's 27. She sharpen things up to get back in the scene, get back in the game. Awesome. Its hard work. Dia tinggalkan tennis bertahun-tahun, and now she won a Grand 'effing' Slam. It makes me more amused and being more of her fan. Dia boleh get back in shape, get back her stamina and strength.

She inspires me.

No this is not about losing weight, silly....haha. This is about chasing your dream. This is about doing what you want and being satisfied in life. And then succeed...over and over...like Kim. (Ceh panggey Kim, bajet kawan baik aa tuh...haha)

People might think that having a family, a cheeky little baby girl, a paycheck that makes things affordable (bkn kaya raya...affordable sahaja ye...hehe), a house, another house, a car and another car is great. What more could you want....right? Syukur.

Wrong. At least me (syukur tetap syukur). I feel like i still need to achieve certain other thing. 1 thing only. Satu bende je wey! Just one thing only. Aku dapat achieve tu, aku tak bising banyak dah. But the thing is, susah. Nanti ada la kata-kata cliche...fikir positive la, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih la, di mana ada jalan di situ ada highway la....heh...susah. Cakap boleh la kan...

Bak kata aku...talk is cheap. Because everybody can talk, but not doing and feeling anything. Tapi takpe....we'll see if i can turn it around and become like Kim Clijsters.

Its gonna be a long and great weekend. 4 hari cuti...tak great ape tu. Happy Holidays. And Happy Rabbit Chinese New Year to my chinese friends.

Read more...

Getting active...

>> Thursday, 13 January 2011

Ok, i update my blog now as frequent as me sprawling on the sofa with a book while drinking hot cocoa on a rainy day.

1 reason is, aku tak berapa nak ada masa. Another thing is, aku tatau nak tulis ape. Dua-dua alasan tu berkait rapat. Bila takda masa, ko mana la nak terfikir topic nak canang kat sini kan.

Anak aku dah 5 bulan....hahaha. Aku jadi cam dalam twilight dowh kalau pk pasal ni. Pasal anak aku dah 5 bulan ni la. Cam cepatnye la. Cam tak caya pun ada sikit-sikit. Tapi memang percaya la kan, lebih-lebih lagi bila atas bahu aku ada bau masam dia muntah tadi....hehe. Aku still breastfeeding, Alhamdulillah. Rezeki kecit tu.


Bila breastfeeding ni, badan tak naik. Kalori yang kau makan dah burn jadi susu kan. Dia lambat la kalau nak naik pun. Kalori eaten with a purpose. Aku tak exercise langsung. Tapi kan, one fine day, aku terfikir...apa jadi kalau aku stop breastfeeding. Damn! Dengan stamina aku out sume...apa la nak jadi ni. Mesti aku jadi belon la kan. Hot air balloon....ha amik ko, besar gaban.

Eh tak bleh jadi!.....

Jadi aku pun decide, i have to do something before things gets out of hand. I have to exercise. I have to play sports. Aku dah nak setahun kot tak berlari. Yer la....dari perut boyot, sampai anak aku dah 5 bulan ni kan. Cam pengkau je dah kaki.

But first thing, first....i have to get a sports bra. Will get it this weekend. Dulu aku tak exercise kalau tak pakai sports bra. So uncomfortable. Sekarang juga sama, aku takkan exercise kalau takde sports bra. Lebih-lebih lagi sekarang la. Sejak aku ada extra sket kat situ, kena beli baru la. Kena support lebih sket. Sekarang memang aku takkan tak pakai sports bra.

For starters, i'll do brisk walking and slow jogg. Then maybe next weekend, or another next weekend, i'll be playing badminton or tennis. And how can i forget swimming! Kena beli suit baru. Laki aku soh beli suit tutup aurat plak tuh...huhuuh. Aku bukan ape, tapi aku rasa suit swimming muslimah tu.....cam lawak badut freak show sket la (sorry mereka yang memakai). Aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat keberatan nak pakai. Sumpah aku sangat keberatan. Ada alternatif tak orang yang bertudung nak swim? Orang yang memang swim tau suit muslimah tu tak sesuai untuk swimming. How can you swim when the baju is flapping all around you? (baju dia besar ok). Tapi tatau la, maybe sebab aku tak pernah pakai lagi, aku dah judge sesuka hati. Tengok la cemana...oh well. Aku nak cari alternatif. Tanak aku pakai suit tu...walau laki aku kata elok setara mana pun.

Here's to a better health and good strong body!

Read more...

After a few months...

>> Monday, 13 December 2010

Hola....

Huwahhh...lama aku tak tulis pape ni. Busy ok...i busy.
Aynur dan 3 bulan lebih. Dekat 4 bulan dah. Besar dah dia. Masih fresh dlm kepala otak aku, masa nak bersalin tu...masa pantang. And then masalah masa aynur's first few weeks. Bukan masalah ape. She's a spanking healthy baby. Just Aynur is a colicky baby. Colic dia agak teruk dan pelik cos it goes around the clock. Orang cakap biasanya colic start senja, pastu tengah malam ok. Tapi dia, siang-siang buta pun melalak. Aku tido dalam 2 jam sahaja. On a good day, aku dapat tido 4 jam. Aku dok umah mak aku...tapi mak aku kerja. So mostly aku jaga sorang. Din balik kerja petang, mak aku balik kerja petang....baru la ada orang tolong sikit. Pastu malam diorg nak tido gak, esoknya keje. So malam-malam, aku berjaga dengan dia la.

At the age of 28, I cant believe im still learning something new. At the age of 28, baru aku tau pengorbanan seorang mak. Susah payah mak aku dulu. Mak aku cakap, aku dulu pun selalu nangis. In fact kitorang semua adik-beradik colic. Mak aku jaga sendiri je. No other help. Nenek aku dari kampung datang sekejap je. Seminggu je kot. Lepas tu mak and bapak aku on their own every day. Struggle sendiri dengan baby yang colic. Mak aku pulak dulu kerja kerajaan. Time tu cuti pantang 40 hari je. Lepas tu pergi kerja. Balik kerja struggle dengan colicky baby sampai pagi. Then entah tido tak tido, pastu gi kerja balik pagi tu. All of that, and still have so much love for their children and manage to run a family. It makes me appreciate my parents more nowadays. They do it themselves....susah payah from scratch. Aku kecik sampai besar, semua dalam tangan mama and abah aku sendiri. I appreciate them more now....at the ripe age of 28.

Skang aynur dah besar. Nak 4 bulan dah. Dia besar dalam tangan aku sendiri....90% (maybe even more) dalam tangan mama and abah dia sendiri. Parents aku and parents Din ada tolong, but mostly us. Semua orang akan rasa anak dia sangat special. Including me. Anak-anak kita, mestilah istimewa di mata kita kan. Bila aku tengok aynur skang, i feel like all the susah payah dulu, berbaloi sangat. Aku plak ada banyak time dengan dia sbb aku work from home. So bile aku cam takde scheduled work hari tu, aku jaga dia sendiri. Dia start senyum secara sedar kat orang dlm umur 1 1/2 bulan. At around that time pun, dia punya colic dah takde. Adui la, manis nye bila baby senyum kan. Nampak gusi merah-merah. Cair bergolek kat situ jugak dowh. Kalau aku tegur, nyanyi-nyanyi kat dia, dia senyum. Then dia start struggle nak bergolek 2 1/2 bulan. At 3 months dia memang pantang letak baring dah, terus dia akan pusing dan scan environment. Nampak sesiapa, dia tegur la....bwat bunyik dia. And dia minum banyak nye la susu. Badan aku susut masa pantang tu jugak. At 3 months (around 2 weeks ago) she's 64 cm, 6.3 kg. Good weight i think. Bile tengok dia skang...aku puas....hehe.








Aku sendiri kurang time untuk diri sendiri. Tak boleh jadi. Aku tak ingat bila aku shopping utk diri sendiri. Untuk kecantikan diri. I have to build myself up again. Dah lama aku melupakan diri sendiri. Im gonna book myself for a spa time. Buy make up, buy good clothes (breastfeeding clothes lagi), buy shoes, wear heels after months of stacking them somewhere i forget...these few months is dedicated to building myself up again, now that aynur is stable.




Here's to a new me....hehehe.

Read more...

Labour Story

>> Wednesday, 22 September 2010

Hello all....

Aku dah beranak...kehkehkeh. Aku dah beranak! Meh aku cerita sikit...sementara masih fresh ni kan. Aynur Khalesya bt Ahmad Khairudin lahir pada hari Selasa, 17/8/2010 pukul 6.20 petang. Bersamaan 8 Ramadhan.....errrr....bape hijrah ntah. Ampeh aku tatau....huhuuh. Dia lahir di-induced, kuar secara normal dengan berat 3.15kg. Anyway hari tu ialah sehari sebelum due date. Aku boleh kata la, lahirnya Aynur ni....macam accidentally induced....hehe.

Aku masa tu dah restless. 40 weeks takda sign apa-apa lagi. Aku nak baby keluar awal. Tapi nampaknya badan aku sama blur dengan tuan dia gak...no sign of labour. Badan aku cam tak ready je. Aku punya la berjalan, buat kerja rumah semua. Jalan-jalan kat shopping complex. Mana ada aku rehat-rehat. Nak kasi dilate cervix ni. Semayang terawikh tak main ler duduk-duduk. Aku semayang cam biasa ok. Berat yang amat. Nak tertanggal lutut aku nih. Nak kasi up chance for dilation punya pasal. Pastu doktor kata have sex, it can help dilate....ha, jalan! Tapi huh, takde derrr dia nak dilate. Takda contraction pun, no show at all. Doktor plak sejak 3 minggu lepas tu manjang je nak induce aku...aku pun tak paham. Dia kata baby punya size dah cantik...dia takut besar sangat. Mungkin dia tengok hips aku kecik kot. Dia kata nanti kepala baby keras susah nak kuar. Tapi dia kata its up to me, wanna wait or induce. Aku kalau boleh nak tunggu normal betul-betul. Tuh la usaha keras tu. Takot induce kalu, tak bukak jalan, memang kena belah la kan...akak nak elakkan benda tu dek non!

That day suppose to be another usual checkup for me. Doktor mula-mula seluk, check dilation. Dia geleng-geleng....takda progress yang banyak, dia kata. Pastu dia gi mana tah, aku nampak dia cakap-cakap dengan nurse dia....pastu dia datang seluk lagi second time. Then dia kata "Dah!". Aku tanye apa yang dah? Doktor cakap dah induce. Astaga...doktor telah menyumbatkan ubat contraction ke dalam ituuu secara diskrit sekali. Ish...aku saman jugak doktor ni kang. Nasib baik doktor ni best and aku kira bagus gak la....and nasib baik all went well. Kira cita-cita dia nak induce aku tercapai la gak...haha.

Well, that was at around 10.20 am. Doktor suruh dok dendiam selama sejam. So aku pun dok ler....baring atas katil sambil cuak va-jj aku taknak bukak kang. 20 minit pastu, aku dah rasa contraction....tapi tak sakit. Aku bleh tahan je. Oleh sebab doktor cakap dok diam selama sejam, lepas je sejam aku selamba tukar kain batik dan lompat turun katil. Bergerak semasa contraction (swinging your hips) adalah sangat membantu meringankan kesakitan dan menolong dilation. So aku jalan-jalan dalam bilik labour tu, amik gambar, then kuar ke bilik menunggu jumpa mak and adik aku yang tengah tunggu aku. Then tunggu Din gi belikan GCB McD kat aku....GCB was my lunch that day...hehe. I was surpsisingly calm (but nervous). Maybe i was calm because i feel its inevitable...aku tak boleh lari lagi dah. Its happening by hook or by crook.

By 2 pm, doktor masuk balik, check dilation. Ada progress...lega. Doktor pun pecahkan amniotic sac atau dalam bahasa Melayunya sarung ketuban...hehe. Rasa panas je air tu kuar. Habis basah atas katil. Darn...cam terkencing atas katil plak rasa. Pastu dia tuka pelapik atas katil tuh. Lepas pecah tu, contraction pick up dengan hebat dan aku mula rasa sakit....tapi tahan. Sikit je. Masa tu memang dah atas katil la. Tak leh turun dah....takkan nak kasi air ketuban meleleh menceceh-ceceh atas lantai kan. Dalam setengah jam...ok, perut semakin lenguh....semakin memulas. Boleh tahan lagi dalam 5 cm bukak tu. Din tanye, nak epidural ke. Aku kata tak payah (lagi) (tak payah lagi). Mana tau bleh tahan kan...hehe. Masa tu aku belasah gas mamai tu. Its called etonox. Some gas, mixed with oxygen. Ada class siot gas tu. Gas tu gunanya untuk relaxkan kita. Tapi memang ada kelas. Mula-mula tak rasa apa-apa. Lama-lama kepala aku jadi ringan gila. Mata aku tak boleh fokus apa-apa pun. Dalam erti kata lain, aku high. Semua benda aku nampak ada 2, 3. Jam kat diding tu cam menari beramai-ramai. Mana nak cari gas tu. Aku nak carik aa satu tong. Bawak balik. Boleh high kat umah.

Mula-mula gas tu mmg menolong aku relax. Addicted sial. Aku nak cari setong nih. Anyway, gas tu menolong masa mula-mula la kan. Pastu aku rasa badan aku panas berbahang. Macam aircond rosak je kan. Aku dah rasa berpeluh. Ok, contraction start picking up. Makin kerap dan makin sakit. Etonox mula menjadi useless sedikit demi sedikit. Etonox, you failed me! But still aku nak cari setong, atau dua tong. Aku dah genggam handle katil kiri kanan. Doctor masuk lagi, check dilation cervix. Dah terbukak lagi. Masa tu semue benda tak kena dah...aku dah campak mask etonox tu, dengan aircondnya tak berfungsi, kejap aku pegang Din, kejap aku marah tolak dia ape sume...tp dia tetap di sisi aku. Tak pernah tinggal....hehe.

Masa tu aku kata nak epidural. Nurse tu masuk kata tak payah la. Dah lewat nak epidural. Sayang je cucuk skang. Patut cucuk awal-awal lagi. Pastu contraction datang lagi. Woh, gila! Aku cakap aku nak epidural. Nurse tu pujuk lagi....kata tak payah. Wakluu la nurse...aku sakit nih (kata dalam hati). Contaction datang lagi dan lagi. Terus la aku meraung-raung nak epidural. Aku jadi sedih and frust plak kenapa diorang tanak kasi aku epidural. Apa salah aku!

'Nak epidural....kenapa dioarg tanak kasi epidural. Panggil doktor cepat....nak epidural!', gitu la aku dok meraung.

I think that was around 5pm lebih kot. Masa tu aku tak kira apa dah. Aku jerit je. Sakit gaban. Rasa seperti period pain kali sejuta. Ok, sejuta mungkin terlalu banyak. Seperti period pain kali lima ratus ribu. Sape yang tatau rasa sakit dia, you're in no position to judge me screaming....haha. Rupenya doctor anaesthetic dalam operation room. Patut la lambat. Pastu tengok dia terkocoh-kocoh masuk. Sekonyong-konyong, nampak doktor india tu seperti seorang yang paling hebat dalam bilik tu. Kitorang sume tunggu sampai the current contraction berlalu, pastu dia cepat-cepat cucuk tulang belakang aku at the 4th lumbar. Cant cucuk epidural masa contraction and surprisingly tak rasa apa...contraction lagi sakit. Dia cucuk tu rasa sekelumit je. Immeidately my pain was cut off 40%. Amazing. Thank god for epidural. Then gradually lessen and lessen til i cant feel the pain. Then pastu, tunggu dilation bukak sikit lagi....

Orang kata, pakai epidural susah pulak sebab tak rasa contraction and tak boleh rasa nak teran. Kena forsep la, vaccuum la, atau last-last kena belah gak. Tapi aku rasa tak la sampai camtu. Cos you can actually feel the contraction. Cuma tak sakit. And doktor pun boleh rasa/nampak contraction coming. So now that i have my epidural, im more relax. Doktor pun dengan tenangnye cakap, 'farin, contraction coming. Take a deep breath, push until 10". So aku pun teran la sampai 10 saat. The thing is, memang tak rasa ko teran tu. Part tu la orang kata susah tu kot. Aku buat je motion teran tu kuat-kuat. Bayangkan ko sembelit and nak push poop ko yang besar batu (atau bayangkan nak push baby pun boleh...huhuuh). Nasib baik energy aku banyak lagi time tu. Dah makan GCB dengan air milo kan sebelum tu....haha. Strategi sebenarnye tu. Strategy for energy.

Bila dah keluar kepala baby tu, doktor kilas bahu baby, terus tarik the whole badan baby. Then....bam! doctor letak baby atas badan aku. Aku boleh nampak baby yg masih biru, berlendir-lendir lagi atas perut aku. Depan mata aku diorg sumbat tube dalam hidung baby untuk buat suction clearkan lendir dalam paru-paru baby. Tercekik-cekik Aynur aku tengok....hehe. Haha....i just delivered my baby. Im so cool! (perasaan pada diri sendiri....padahal sume pempuan pun beranak kot). That was at 6.20 pm. I cant really tell the chronology with exact time in between before the birth. Aku tengah risau dan sakit. Aku tak sure plak bila aku start meneran ke ape. Tapi yang aku tau, tak lama.

Parents aku first datang melawat. Diorg masuk dalam labour room terus. Then aku pun masuk ward. Aku rasa gila panas. Padahal suhu dalam bilik tu aku turunkan sampai 10 celcius ok! Aku tetap rasa panas berbahang-bahang. Din dengan nurse dah terketar-ketar sejuk. Ntah, peluh and bahang tu cam kuat gile, lambat plak tu hilang. Sampai ke malam tu aku kepanasan. Padahal aircond jalan je. Then people start coming in...tgk Aynur. Esok petang tu, sudah balik rumah. Aku punya stitches sikit je. Doktor kata 1.5 cm je koyak. Cepat jer aku sembuh.

I consider myself having an easy delievery, syukur pada Tuhan. Aku sakit lebih kurang selama 2 jam gitu je. 3 jam la paling lama, sebelum dapat epidural tu. Pastu the labour process pun sekejap. Berkat doa parents aku yang semayang hajat selalu untuk aku. Berkat doa adik beradik. Berkat semayang hajat dan doa auntie dan uncle aku...berkat doa suami aku. Doa aku sendiri di bulan Ramadhan. Next pregnancy and delivery.....siapa yang tahu....huhuuh.

Skang Aynur dah sebulan 6 hari. Berat dia dah naik 1.5 kg in 1 month. Gilos...aku tak larat nak angkat...help! She's enjoying life already!...hehe (berserta colic, menangis malam-malam, kembung perut, muntah-muntah dan berbau hamis akibat muntah...the usual stuff =D). Aku punya weight dah turun asal. Breastfeeding and penat menjaga Aynur punya pasal (goodbye long sleep at night). Tapi muscle mass still low. That means berat aku skang still bukan berat asal aku, walaupun dah turun asal....haha...paham tak? Understand the konsep of weight and muscle mass and you know what i mean. Have to rebuild my muscle...

(No....Ramadhani is never is my baby name list)

Til next time....

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP