Politik skeett...

>> Wednesday 21 December 2011

Salam....

Nak pilihanraya ni, ramai sembang politik kot kan. Paling banyak dalam facebook aa aku tengok....hahah....aku mana la pegi kedai kopi skodeng org sembang kan.

Aku banyak observe je politik ni. Aku bukan tak amik tau langsung. Aku amik tau. Aku baca. Kekadang harakah pun aku belek kat kedai. Utusan, berita harian sume aku belek. Org cerita aku dengar. Tapi tuh la....susah untuk kite percaya semua cerita. Kawan tu kata anak menteri ni dapat tender ni la, kawan nu kata menteri ni dapat komisyen sbb beli kuda belang la...macam-macam kan. Berita tu kata camni, berita tu kata camtu. Aku ni, sebagai seorang yg sentiasa skeptikal dan berfikiran kritis, selalu tertanya-tanya.....MACAM MANA MEREKA TAHU SEMUA NI?

Adakah ini dari mulut ke mulut yang berpunca dari kedai kopi, yang tuan empunya mulut yang asal mmg sengaja mengada-adakan cerita? Atau adakah ianya dari org yang betul2 bekerja di bawah meteri itu? Ahh...politic is too dirty. Penuh dengan tipu. Media pun memang teruk. Apa yang penting, paper diorg jual. Berita mengata, dusta, fitnah sume print kasi kita baca.

Tapi kadang2 aku rasa cerita2 tu ada kebenarannya. Bukan semata-mata fitnah. Cume mungkin bukan semua. Menteri2 yang kite harapkan mmg byk corrupt. Pembangkang pun ada yang tak bleh pakai. Tapi tak semua teruk.

Aku ada baca satu blog tu, dia kata penting untuk kite bersangka baik. Jangan terus mengutuk, mengata. Aku setuju la dengan artikel tu kan. Aku pun kadang-kadang selalu mencari 'side' yang baik dalam satu2 berita tu. Jangan membezakan manusia dengan parti politik. Jangan busuk hati dengan org dari parti lain. Janganlah fanatik. Dr tulisan aku ni, aku rasa org bleh agak aku mmg atas pagar. Aku sgt skeptikal dengan semua belah. Dan aku pasan, ramai yang fanatik. Kalo korang pasan dalam facebook ada jer yang fanatik. Pantang ada topik sape-sape bangkitkan yang boleh dikaitkan politik ni, mula la emo. Pastu carut-carut and calling names. Aku rasa dia pun tak tahu dia cakap ape. Org begini senang percaya. Sbb dalam kepala otak dia dah sokong/benci satu2 parti tu...dia jadi senang percaya cerita-cerita. Pastu they keep grinding the story. benda baik satu2 parti tu bwat tak nampak dah. kutuk sesaje. niat baik satu2 parti tu terus hilang.

I always wonder, bapak aku sokong parti apa.....hahaha. He always keeps his opinion in politics guarded. satu sebab mak and bapak aku, rasanya menyokong parti berbeza.....ekeke.

Mengundi? Oh aku dah daftar. Dalam Islam pun mengundi di dituntut. Aku tak pasti hukum sebenar....wajib ke ape. Tapi dituntut gak la kan. Sbb mengundi ni tanggungjawab kan.

Aku rasa aku undi kucing aku, Ella....ok tak? Parti Kucing Sejagat.

Read more...

problemo....

>> Monday 19 December 2011

its almost 1.30 am.

my baby-girl just slept. she cant sleep properly and early these few weeks because she's not getting enough milk from me. usually she'll get a full dose of milk before she sleeps, and then she'll sleep fine. malam ni dia tertido only selepas aku dok garu-garu bontot dia. kesian dia. i feel so damn guilty.

that's what being pregnant do to your breastmilk. the supply and demand concept suddenly doesnt work anymore. i nurse her just like before when my production was working fine.....but it simply dosnt work like that anymore. it dries up and re-production become so slow. it becomes full only once a day.

at times i feel so guilty. sad. angry. i even cry (yes im an emotional person). this girl is having a hard time accepting formula milk. aku takot sgt dia tak cukup khasiat. she'll only drink dutch lady kid 1-6 in the little boxes. her doc said that's fine if thats the only milk she drinks. but she's still having a hard time accepting that I'M the one who's giving her the milk. she drinks it in the nursery tho, but not with me.

If i give the milk to her, she'll look at me like im crazy....like she cant believe it....(haha).

im sorry baby girl. aahhh....how do you tell a wonderful little child that you're sorry and its beyond your control and nothing is her fault and she's the most awesome little girl and she's gotta drink formula milk else mama gonna be sad and might cry every night....?

oh well, that's what we women do. we cry. doesnt mean we're weak. but thats how we find strength. we cry before we get our strength. well at least for me. i did cry because i feel like i cant provide for her.

aku kena cari jalan. kena cari susu lain lagi nih.....

and to baby adik....you just chill inside my tummy yer. mama will take care of you, nothing to worry. ya Allah....tolong la budak kecik ni...

Read more...

Surprisseee! Surprise indeed...

>> Tuesday 13 December 2011

Salam...

Sometimes god gives us 'anugerah' and at the same time, it comes with an 'ujian'. It comes together. In the same colourful packet.

Aku tak heboh sangat pasal berita ni kat facebook ke ape. Cume beberapa kerat kawan jer tau.
I am about 7 weeks pregnant. This is actually unplanned. Plannya nak breastfeed aynur for 2 whole years. Now she's only 15 months. I plan to start planning for a new baby when aynur is setahun 8 bulan ke atas.

Period aku lambat. Aku bwat derk. Ingat maybe sebab dia irregular sbb aku still breastfeeding. Pastu jadi lambat benar plak. 2 minggu. Jadi aku pk....oh well, maybe i miss my period this month. Tapi hati tetap rasa lain macam actually. Badan aku kan....aku tau aa. Ada perubahan sikit. Perubahannya ialah....aku cepat letih. Bwat derk lagi. Then one day...terasa nak check. Amik ko....sampai 6 minggu dah pregnnacy aku. Folic acid tak makan sume. Nasib aku makan multivitamin gak. Susu pun minum-minum gak.

Mula-mula aku dapat tahu, aku down. Maklumlah kite kononnya dah plan cantek punya. Tengok2 jadi cam lain kan. Aku sayang adik aynur, tapi adik datang terlalu cepat sayang. Aku risau aku tak dpt breastfeeding aynur. Pregnancy hormone suppress breastmilk production. Kalo anak aku dah kurang minum ok la. Ni dia still rancak minum. Aku risau aku tak larat nak kejar aynur yg baru bleh berjalan ni. Aku risau aku tak boleh nak jalankan tanggungjawab. Tapi aku pk balik....ramai gile kot orang beranak awal. Lagi awal pun ada. Lepak je. Diorg bleh bwat....apsal aku taleh kan. Lagipun aynur is 15 months, not very cepat kot kan.

Jadi aku telah mengambil sedikit masa....duduk sorang2 sambil bermuhasabah.

Tuhan lebih mengetahui. Allah has planned a better path. Apalah kite, manusia yang jahil ni tahu? Kite tak tahu apa-apa. Kite cuma tahu plan perkara yang KITA INGAT adalah terbaik..sedangkan Allah tau apa yang lebih baik untuk kite.

Aku telah muhasabah...

Allah takkan menganiaya hambanya. Allah cuma menguji. Anugerah juga adalah ujian. Manusia tidak lekang dengan ujian.

Cume aku mintak pada Allah, tolonglah Aynur with her transition to formula milk. Aku akan still cuba bg breastmilk selagi termampu. Frankly speaking, im not ready to stop breastfeeding. I love it. I love seeing her beautiful innocent eyes looking up at my face. Like she need me...like im everything to her. But my breastmilk is drying up.

Im sorry gegirl...we'll go through this together. Mama will always be with you, breastfeeding or not.

The fun part is, she is showing something new. She's attracted to babies. She see babies, mula la senyum simpul, excited. Pastu sibuk panggil "baby, baby, baby..."

Tengok baby seronok, tengok gamba baby mana-mana seronok. Menjerit2 panggil baby...haha. And to adik, mama will take care of you, dont worry. You must be one surprising whimsical baby too. Mama love you as much....

Oh ya...kawan2, bagaimanakah anda transition anak ke formula milk?

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP