What being a mother has taught me...

>> Monday 15 August 2011

I've been a mother for a year. Aynur Khalesya is 1 year and few weeks old. She's my biggest achievement. Maklumlah, aku ni manalah belajar tinggi-tinggi. Orang lain ada masters, gaji riban-riban. Aku ada degree je. But this girl, she's grown up to be a beautiful, funny, whimsical toddler. What a sunshine. Sume orang rasa anak dia best. Tak salah. Sume org rasa camtu....aku paham sungguh.

Lepas setahun menjadi mak, aku sedar...how having a baby change your life. What having a baby has taught you. I repeat, the baby will CHANGE your life. You realize you can change into a different person. You realize all this while you worry about the most un-important thing. That zit on your chin?...nehhh! You realize there's more important thing than what you thought is the most important thing before.

Few things that being a mother and wife has taught me?

- Patience- Number 1 thing you should have. If i want to talk about this, its gonna be endless. From my baby is 1 day old....to 1 year old, bkn senang nak besarkan anak. Still remember how my baby doesnt sleep and cry a lot masa pantang. Thats colic. I thought i can never go through it. But i did....dgn jayanya. Hoyeahhh!!

-Strength - Physical and mental. You do need physical strength. Baby will gain weight so fast and you will need to carry her around. Stroller? Well sometimes you gotta carry her manually, plus her stuff. Now my baby is almost 9 kg, 75cm. Tell me if you dont need physical strength? You will need stronger arms and torso.

Mentally is more important. We control things with our mind. Thats why mental strength is important. I, myself have built this 'WALL' inside me. This wall is made of love, courage, patience and so many other wonderful things. So many things and people actually contribute to my wall. My baby, my husband, my mom, dad, siblings, friends, cats, flower, bradley cooper....haha. Whenever i feel like im falling, i will hang on to this wall. (please be informed, its not facebook wall)

-Health - Exercise, eat well. Dont do crazy dieting. Or over-eat. Or eat crap. If you are sick, tempang lah family. Jadi jagalah kesihatan....demi siri sendiri, demi keluarga.

-Time management - Manage time and establish routines. Then you might have more time which you can establish below;

-Me time - Important for you to rest, read a book, do things for yourself. Me time can be harvested when you manage your time. You have vacuum the floor, mop the floor, lipat baju, basuh baju, plan things ready to cook...then maybe you can curi few hours for your face mask and reflexology. Cukur ape patut, mencantikkan diri sket....haha. Its not everyday you can have me time. Be patient! This needs cooperation from your other half. Dapat once a week pun dah cukup bagus.

-Good food - Good food makes people happy and healthy.


-Understanding and helping each other - this doesnt need much explanation.

From my experience, all that above is important. If i explain detail all point one by one, i will only finish writing by tonight...kan. Other than being a mother, you still have your life, your house, your husband. You are still the chef, the cleaner, the wife. You still have double, triple job that seems endless. Kalau dibayar gaji, haha....mmg kaya. Aku ni plak jenis tak mintak tolong org. Im like that. Sejak kecik aku camtu. Mungkin sebab aku tak ramai adik beradik dan org laki dlm family. Aku ada sorang abg yang beza umur 7 tahun. Dia kawin umur 26 kot. Dah ada family sendiri. Pastu tinggal aku, adik pempuan, mak and bapak. Takkan aku nak nyusahkan abg aku yg ada family sendiri. Takkan nak nyusahkan parents aku je kan. Sekali-sekala ada la mintak tlg adik and parents. So aku mmg terlatih utk buat bende sendiri. Kalau org lain tolong, pastu tak bwat stail aku, aku jadi kureng suke plak dah. Nanti aku akan bwat balik sume.

Satu lagi aku selalu terfikir, ialah pasal parents aku. Aku terfikir, betapa kite sayang kat anak kite kan. Mesti mak-bapak aku pun sayang aku cam aku sayang kat anak aku. Kalau teringat sume tu....rasa macam...ahh, bersalah. What a lousy daughter i am. At 29 years old, im still learning and realizing things that i never see before. Kekadang insaf jugak....baru la rasa appreciate parents dgn lebih banyak. Pulak tu, parents aku sume bwat sendiri. Masa pantang parents aku jaga aku sendiri. Mak aku mandikan sendiri, sume sendiri. Aku pulak baby colic gak. Budak berangin. Nangis manjang. Masa tu nenek aku dok jauh kat kelantan. Ada tanaman nak kena jaga sume. Taleh jauh lama-lama sangat. Masa tu plak cuti bersalin 40 hari je. Ah...cam robot mama aku. Tabik spring la Ma!

Anyway, semua mak dan isteri ada macam-macam cerita. This all build us to become strong. Aku rasa puas dan lega. Buat lah dengan ikhlas. Buatlah kerana nak keluarga berfungsi dgn baik.....kerana Allah. Pahala orang pempuan ni, mmg byk datangnya dari menjadi seorang emak, seorang isteri, dan seorang anak.

Read more...

A little update....

>> Friday 12 August 2011

Salam....'ola...

Oh, last post aku Februari dowww......skang dah bulan 8. Dah setengah tahun. Apekah!....orang berblog, dia nak berblog gak. Pastu takleh maintain.....salah siapa? Ape laa...!

Disebabkan aku lama tak post, aku update la pasal diriku ini yer. Nanti next next post aku bebel pasal lain plak. Bulan August kalu, kira aku dah berumur....jap...aku nak kira. Aku tak sure lak aku ni umur 28 ke, 29 thn ni.

2011
-1982
----------
29
----------

Oh, 23 August ni aku dah umur 29 thn la kira....hahaha....what a number. Anywayyy....

Oh, there's another special birthday this month! A special birthday, with a special number! Its Aynur Khalesya 1st birthday. Ini lagi satu....hahaha.....budak ni dah setahun. Aynur, or fondly called Nunor by family is 1 year old this 17/8. Masih fresh di ingatan...puasa tahun lepas cemana aku struggle jaga dia. She's a colicky baby. Kata orang, breastfed baby ni kurang colic. Mane ade derr....nangih sakan every night sampai pagi. Nasib baik masa pantang je gitu.
Nak bwat party kat dia pun kurang sesuai plak bulan-bulan puasa ni. Next year pun sama kot. Takpe, nanti 3 tahun mama bwat birthday bash gitu....hehehe. This funny, whimsical, baby. Let me tell you a bit about her.

-Her face has changed. Dulu 90% ikot bapak dia. Skang dah mix...becomes sweeter...hehe.

-Dia dah setahun, tapi gigi baru ada 4 batang. Tu pun half tumbuh baru. Her tooth only came out by 10+ month. Almost 11 month.

- She havent walk yet. But she can stand and meniti berjalan slow-slow sambil pegang kabinet. Problem is dia suka menjinjit....she's practising to walk in high heels, i'm telling you.

-She's long.....or tall i should say.

-Best thing is, she's already talking. Abah Nunor selalu cakap dulu, kalau boleh dia nak Aynur cepat bercakap. Doa parents ni memang makbul ko! Dia tak la boleh bercakap - 'mama, aynur sungguh lapar. bolehkah kirenye mama suapkan aynur makan?' - dia boleh cakap simple words. She can pronounce mama and abah by 8 months. She can pronounce tokma (sounds more like omma) by 9+ month. She can say simple2 word like nak, air, bird, cat, Ella (my cat), fish (but sounds more like sshh), and some others. She can mock people, ngajuk ape dia sempat tangkap. She can say her name. She can follow your words. Sometimes if i count with her, she will follow....if she wants and she's in the mood. Babies are like that....you cant force. They want to do, they will do. They dont want....ko bwat la cemana, terbalikkan dunia pun dia takkan bwat.

-She starts 'muaahh' by 10 months. Dia akan muah with some souvenir on your cheek (air liur dia). Tapi air liur baby smells sweet. Lemme tell you, bau mulut baby fresh. Especially kalau dia breastfeed. Actually baby susu formula pun bau sedap. Sedang diorang dalam period hisap susu tu, memang bau mulut dia fresh. Dah start solid 100% aku tak rasa bau mulut wangi sangat la kot....hehe.

-Dia suke kutip benda masuk mulut. Ada baby yang tak macam tu. Anak aku ni kronik sket aku rasa....haha. Aku rasa salah satu deria utama dia ialah lidah. Dia kena rasa texture sesuatu bende tu dengan lidah dia. Baru puas hati. Anak sedara aku tak suka pun masuk benda dalam mulut. Cousin aku yang kecik tu pun tak camtu. Baru ni dia jumpa biji kurma atas lantai. Dia masuk mulut. Bapak aku nampak dia cam kulum sesuatu. Tengok-tengok biji kurma....terus la aku kena marah. Marabahaya ko....kot tercekik kang. Nasib baik tak jadi pape.

-She just started brushing her teeth. Aku la yg brushkan....bukan dia berus sendiri. Aku rasa dia senang hati bagi aku brush sebab dia suke letak bende dalam mulut dia....so dia suka aa bende dalam mulut dia tu kan. Lidah dia sama sibuk. Sampai dgn lidah-lidah dia aku genyeh.

-Dia tak suka pakai baju. Dia even tak suka pakai pampers. Tapi aku rasa bende ni lebih kepada dia suka nyakat orang. Bertuah punya. Lepas mandi, lepas lap badan dia, aku pakaikan pampers. Lepas tu aku cari seluar dia jap....pusing balik kat dia, tengok-tengok pampers sudah terburai...dia dah dok lari merangkak terkekek-kekek. Kena pulak kejar dia....pakaikan balik pampers. Pastu aku sarung seluar ke kaki dia....belum sempat habis pakai seluar, dia dah bukak pampers balik. Woooohhhh.....boleh naik angin aku weeyyy. Aku dah la patient sangat rendah. Aku pernah slap peha dia sekali...pastu muka dia terkejut. Aduu...kesian. But she knows i love her and would go to the end of the world for her. Anyway, kekadang untuk mengelakkan diri aku dari naik darah dok ulang pakaikan pampers dia, aku pakai je diaper pants. Senang....hahahha....taleh bukak dah.
Ramadhan ni, first time la aku tak terawikh. Kalau idak dulu memang selalu gi. Dah nak jaga anak kan. Aku tanak la bawak anak gi surau. Dulu masa aku single mingle, aku selalu bengang dengan orang bawak budak kecik gi surau. Budak kecik tu nangis la, merangkak depan org semayang la, bising-bising la.....bih takkan aku nak bwat bende sama kan. Kekadang aku semayang depan Aynur je. Tapi bile dia dah 'kerabat' kaki aku....susah aa kan. Pernah aku berdiri 5 minit tunggu dia lari dari kerabat kaki aku. Ha....tak dapat la kan. Stop semayang kot....(stop semayang sesuka hati adalah tidak boleh).
Gi pasar Ramadhan pun jarang sangat dah. Dah dulu selalu sangat gi. Dia jadi tak heran kot...haha. Kalau teringain pape baru cari. This year is simpler than years before....although more tiring.
Kepada Ila, selamat berpantang. Dia baru lepas dapat hero few days ago....
Semoga puasa kite diberkati dan tidak hanya mendapat lapar dan dahaga....amiin
=)

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP